Lelaki
yang dipercayai memukul isteri di dalam lif di sebuah hospital swasta
di Bukit Mertajam, Pulau Pinang (tengah) diiringi anggota Polis ketika
menyerah diri di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.
BUKIT MERTAJAM - Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di
Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan
terhadap isterinya di dalam lif sebuah hospital di sini, empat hari
lepas.
Mohammad Affandi Ismail, 36, pegawai veterinar di Jerantut, Pahang dituduh mencederakan isterinya itu di dalam lif di Hospital KPJ Bandar Perda di sini pada kira-kira 4 petang, 12 Ogos lepas.
Dia dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda sebanyak RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Majistret Ariff Mohamad Shariff membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 Sept untuk sebutan semula kes.
Tertuduh membayar wang jaminan itu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim. - Bernama

No comments:
Post a Comment