Stoltenberg turut memakai seragam lengkap pemandu teksi ketika membuat penyamaran pada Jun
lalu.
OSLO - NORWAY. Perdana Menteri Norway, Jen Stoltenberg 'bertukar
profesion' menjadi pemandu teksi, Jun lalu dalam usaha untuk mendekati
pengundi menjelang Pilihan Raya Umum pada 9 September depan.
Menerusi rakaman video dimuat naik ke dalam beberapa laman sosial termasuk YouTube, Stoltenberg menyatakan tujuan beliau berbuat demikian adalah untuk mendengar sendiri pendapat atau keluhan orang ramai walaupun sudah lapan tahun tidak memandu.
Difahamkan menurut Press TV, sebuah kamera tersembunyi turut ditempatkan di dalam teksi Mercedes hitam dipandu beliau untuk merekodkan reaksi penumpang dan Stoltenberg juga berbesar hati memberi perkhidmatan teksi percuma kepada mereka.
Seorang warga emas yang mengenali beliau menggesa pemimpin itu mengkaji semula gaji golongan atasan yang didakwa meraih pendapatan terlalu tinggi.
Ketika ditanya oleh tabloid Verdens Gang sama ada beliau akan menjadi pemandu teksi jika tewas dalam pilihan raya, Stoltenberg berseloroh dengan menyatakan semua perkhidmatan akan lebih baik jika beliau adalah perdana menteri.
Hasil keputusan tinjauan terbaru mendapati gabungan parti diketuai Parti Buruh pimpinan beliau dikatakan mungkin akan hilang sokongan dalam pilihan raya akan datang.

No comments:
Post a Comment