Pasangan
pengantin Mohd Izwan dan Maizatulakmam telah mencatat sejarah
melansungkan majlis perkahwinan mereka di dalam tren KTMB menerusi pakej
khas 'Bring Back Romance to the Train'.- Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Bagi pensyarah dan bekas pelajarnya, majlis perkahwinan
mereka di atas kereta api KTM Intercity serta resepsi di platfrom Stesen
Kuala Lumpur, pastinya suatu kenangan yang tidak boleh dilupakan.
Mohd Izwan Mohd Zaki, 29, pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Terengganu dan isterinya, Mazitul Akmam Muhamad Takir, 23, menyifatkan perkahwinan mereka yang bermula di dalam KTM Intercity dari KL Sentral ke Stesen Kuala Lumpur, adalah satu pengalaman yang unik dan berharga.
Walaupun diadakan di dalam keretapi yang bergerak perlahan, program perkahwinan itu tetap mengekalkan adat dan upacara perkahwinan orang Melayu termasuk menukar hantaran serta bersanding.
Pasangan pengantin dan anggota keluarga diarak dengan paluan kompang untuk memasuki keretapi khas dua gerabak yang telah diubah suai termasuk sebuah pelamin dan bilik pengantin.
Mazitul Akmam berkata mereka berdua sangat teruja dengan peluang keemasan untuk meraikan majlis perkahwinan di dalam tren yang dicadangkan perunding perkahwinan.
Sementara itu, Pengurus Pemasaran Kanan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Mohd Noordin Kimi berkata majlis resepsi yang diadakan oleh KTMB itu merupakan antara usaha dalam mempromosi kepelbagaian perkhidmatan yang ditawarkan KTMB.
"Program perkahwinan yang mengekalkan ciri-ciri tradisional ini dapat menarik minat pelancong tempatan dan luar negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.
"KTMB mengalu-alukan pasangan yang ingin mengabadikan sejarah indah perkahwinan mereka dengan mengambil pakej 'Bring Back Romance To The Train' untuk merasai keunikannya yang tersendiri," katanya.
Pakej yang dilancarkan sejak awal tahun ini akan dijalankan secara berterusan dengan mengenakan bayaran kos minimum sebanyak RM15,000 termasuk pengurusan makanan, perhiasan pelamin dan sewa gerabak tren. - Bernama

No comments:
Post a Comment