LONDON - UNITED KINGDOM . Isteri pengasas pakaian Laura Ashley
menuntut pampasan cerai 500 juta pound (RM2.5 bilion) sekali gus
menjadikan kes penceraian termahal di Britain.
Pauline Chai, 66, menuntut cerai daripada Khoo Key Peng, 74, yang mempunyai pegangan 40 peratus saham dalam Laura Ashely pada 1998.
Media melaporkan, jumlah tuntutan dipohon daripada individu ke -36 terkaya di Malaysia itu dilakukan melalui Mahkamah Tinggi London dan mahu tuntutan kes itu didengari di Malaysia.
Pasangan mempunyai lima anak itu didakwa tinggal berasingan sejak setahun lalu di rumah agam bernilai 30 juta pound (RM150 juta) dalam kawasan ladang di Rossway Park, Berkhamsted, Hertfordshire.
Chai berkata, beliau kini tinggal di rumah agam 15 bilik manakala suaminya tinggal di rumah lima bilik.
“Khoo hanya memberi wang belanja 50 pound (RM250) seminggu dan saya juga dilarang meninggalkan rumah sejak berkahwin dengannya,” katanya menurut MailOnline.

No comments:
Post a Comment