Kita semua tahu bahawa cara terbaik untuk menurunkan berat badan adalah
dengan membakarnya. Ini bermakna cuma ada dua cara sahaja untuk mencapai
berat badan yang ideal samada makan dalam kuantiti sedikit atau
bersenam.
Jika anda memilih untuk mengurangkan kalori, anda perlu mengetahui makanan apa yang tinggi kandungan kalorinya.
Makanan
yang kami senaraikan di bawah merupakan penyumbang kalori terbesar.
Kami nasihatkan anda supaya kurangkan pengambilan makanan ini ya.
Mi kari
Kombinasi
antara mi dan kari bersantan memang menyelerakan, namun tahukah anda
sebanyak 500 kalori terkandung dalam hidangan ini? Jika anda teringinkan
hidangan mi berunsurkan kuah, gantikan dengan mi sup yang rendah kalori
berbanding mi kari.
Susu pekat manis
Elakkan
menggunakan susu penuh krim setiap hari. Walaupun ia penuh dengan
khasiat kalsium, namun kandungan gulanya amat tinggi. Untuk maklumat,
satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi kira-kira 60 kalori.
Burger
Burger
semestinya makanan yang kita cari jika lapar di waktu malam. Perlu anda
ketahui bahawa satu hidangan burger biasa mengandungi 475 kalori . Ini
tidak termasuk keju, sos dan mayonis.
Nasi Goreng
Biasanya,
nasi goreng mengandungi kira – kira 630 kalori ini kerana nasinya
digoreng, bersama bahan – bahan lain. Boleh di makan, tetapi bukan
selalu ya.
Mayonis
Pengambilan mayonis wajar
di kurangkan. Ini kerana mayonis tinggi dengan kandungan lemak. Jika
inginkan mayonis, sentiasa memilih mayonis rendah lemak.
Nasi lemak
Dahulu,
nasi lemak hanya di makan pada waktu pagi. Kini hidangan nombor satu
Malaysia ini boleh di dapati pada waktu petang dan malam kerana telah
banyak kafe dan restoran yang menyediakan hidangan ini. Kandungan lemak
dalam nasi itu mampu menjuruskan anda kepada obesity jika makan dalam
kadar berlebihan. Sepinggan nasi lemak mengandungi kira – kira 450 – 600
kalori.
Roti canai
Senang dan cepat. Untuk
maklumat anda, satu keping roti canai mengandungi 300 kalori. Jika anda
makan dua keping, jumlah berganda.
Aiskrim
Perlu ingat bahawa aiskrim tinggi kadar lemak dan gula. Dua scoop aiskrim mengandungi 380 kalori.
Donat
Jangan
salah faham donat tidak menggemukkan. Donat mengandungi gula dan
kabohidrat yang tinggi. Jika anda teringin, satu keping memadai.
sumber : http://www.tupai.com.my/
Wednesday, August 14, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment