TOKYO - JEPUN. Pemerintah Jepun mengumumkan jumlah hutang negaranya ketika ini telah mencapai $1.000 trilion yen (RM33.8 triliun).

Laporan AFP hari ini mengatakan jumlah hutang tersebut dicatatkan sehingga 30 Jun 2013.

Jepun ketika ini menjadi negara dengan hutang terbesar jika dibandingkan dengan negara-negara industri lain.

Hutang-hutang ini terdiri daripada obligasi jangka pendek dan panjang, serta pinjaman-pinjaman lain.

Jumlah hutang ini turut naik 1.7 peratus pada suku pertama tahun ini jika dibandingkan dengan suku pertama tahun sebelumnya.

Pengumuman hutang ini dibuat setelah pemerintah Jepun bercadang mengekang dan mengawal ketat pengeluaran negara.

Meskipun  hutang negara sedang meningkat, namun Jepun tidak menghadapi krisis hutang seperti di Eropah kerana hutang-hutang yang ditanggung Jepun memiliki bunga yang rendah.

Walaupun begitu, Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) mengingatkan Jepun untuk berwaspada terhadap hutang-hutangnya.

IMF juga meminta pemerintah Jepun untuk memperbaiki prestasi fiskal dan anggarannya, termasuk menaikkan tarif pajak agar pendapatan negara meningkat.

Sementara itu, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe sedang merancang untuk menaikkan sejumlah tarif pajakkan di negara matahari terbit itu menjelang 2015.