Monday, August 12, 2013

5 Filem Berjaya Menerima Kutipan Tertinggi Dunia

Hampir kesemuanya filem yang termahal di dunia ini adalnya dari Hollywood. Memang Hollywood sangat terkenal dengan produksi-produksi filemnya. Pembiayaan yang dikeluarkan sangat tinggi tanpa memikirkan keuntungannya. Antara filem yang berjaya menerima kutipan tertinggi adalah:-
 
1. AVATAR (2009)
Filem yang mengembalikan kegemilangan pengarahnya iaitu James Cameron ke layar perak setelah lama sibuk dengan projek dokumentari dan filem ini mampu mengumpulkan sebanyak US$1,85 bilion dalam tempoh waktu sekitar satu bulan dengan pembiayaan menerbitkan filem ini sekitar US$237 juta. walaupun pembiayaan filem ini cukup tinggi, namun keuntungan yang diperolehi sungguh-sungguh menakjubkan.
Avatar
2. TITANIC (1997)
Salah satu filem paling berjaya di dunia, apalagi filem Titanic dibuat pada tahun 1997 walaupun teknologi tidak secanggih sekarang. Tapi ternyatanya James Cameron mampu membuat filem ini berjaya. Untuk prestasi yang mengagumkan ini, filem yang menerima pembiayaan sebanyak US$200 juta ini mencapai angka keuntungan sehingga US$1,83 bilon. Filem ini juga berjaya memenangi sebanyak 11 anugerah Oscar.
Titanic

3. THE LORD OF THE RINGS: THE RETURN OF THE  KING (2003)
Bahagian ketiga bagi filem trilogi THE LORD OF THE RINGS yang dibuat pada tahun 2003 ini berhasil menyusul dua filem karya James Cameron dengan angka US$1,13 bilion sedangkan pembiayaan produksi film ini hanya sekitar US$96 juta. Film epik fantasi yang diarahkan oleh Peter Jackson dari novel sastera karya J.R.R. Tolkien ini menyebabkan terjadinya fenomena dunia perfileman. Trilogi watak Frodo Bagins (Elijah Wood) ini menjadi filem yang berjaya dan menggondol 11 anugerah Oscar dan menjadi satu-satunya filem fantasi dalam sejarah yang meraih penghargaan ini. Filem yang menggunakan bahasa Sindarin (bahasa peri) ini juga menerima Academy Awards terbanyak.

 
4. PIRATES OF THE CARIBBEAN: DEAD MAN'S CHEST (2006)
Walaupun banyak yang menilai filem ini tidak sebagus bahagian pertama tapi nyatanya filem karya Gore Verbinski ini masih mampu berada di tangga ke empat filem paling laris sepanjang zaman. Dengan pembiayaan produksi sekitar US$225 juta, Verbinski mampu menerima keuntungan sehingga US$1,1 bilion. Menggunakan pelakon Johnny Depp sebagai Kapten Jack Sparrow, saat berhadapan dengan Davy Jones (Bill Nighy), si Kapten berkepala sotong gurita dan anak kapal zombie 'The Flying Dutchman', cukup menarik minat penggemar-penggemar filem, meskipun filem ini dilarang ditonton di negara China gara-gara adegan suku kanibalis.
5. THE DARK KNIGHT (2008) 
filem Batman dalam versi Christopher Nolan memang terbukti berjaya. Filem yang dibiaya produksi US$185 juta ini mampu menghasilkan keuntungan tidak kurang dari US$1 bilion dan menjadikan filem ini berada di tempat kelima menerima keuntungan sampai saat ini. Filem ini juga dikatakan berjaya menarik minat hasil lakonan daripada karakter The Joker yang dipegang oleh mendiang Heath Ledger. Bahkan lakonan Ledger sebagai Joker terpilih sebagai 100 Greatest Movie Characters of All Time versi Empire 2008.

No comments:

Post a Comment

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Shafee Live