Showing posts with label Lain-Lain. Show all posts
Showing posts with label Lain-Lain. Show all posts

Sunday, July 5, 2009

Pengalaman Di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman (STAR), Alor Setar, Kedah

Assalamualaikum.

Setelah 3 tahun setengah aku di perantauan untuk mengejar ilmu ( Tanjung Malim, Perak), baru kini aku kembali semula ke negeri kelahiranku Kedah Darul Aman. Sekarang aku dalam praktikum di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman (STAR), Alor Setar, Kedah. Seronok berada dalam suasana sekolah di mana semua cikgu-cikgu begitu baik dan menerima kami (2 orang praktikum) seadanya. Pelajar-pelajar juga begitu baik walaupun kadang-kadang nakalnya tu hanya Allah yang tahu. Proses pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani berjalan baik mengikut objektif dan PnP.

Seminggu aku ada di STAR aku ditugaskan sebagai AJK Pendaftaran bagi Kejohanan Bola Baling MSSM 2009 bermula 3 hingga 7 Jun 2009. Penat memang penat. Tapi banyak pengalaman berguna aku dapat terutamanya dalam pengurusan Statistik dan Teknikal kejohanan bola baling.

Seminggu sekali aku main badminton dengan cikgu-cikgu sekolah STAR. Tiap kali hari selasa pukul 5.00 petang hingga 7.00 petang, berpeluh-peluh la aku main badminton. Seronok main badminton dengan cikgu-cikgu STAR. Dah lama tak main, semput jugak kejar shuttlecock ke sana sini. Cikgu-cikgu kat situ semua terer-terer. Huhu.

25 dan 26 haribulan 6, aku ditugaskan membantu Unit Sukan Sekolah untuk mencari cikgu-cikgu yang mahu ke Kem Perik, Kuala Nerang, Kedah. Seronok dapat pergi sana. Makan durian dan kambing panggang. Macam-macam makanan ada. Semua sedap-sedap. Haha. Kembung perut aku.

27 haribulan 7 plak, aku bertugas sebagai guru pengiring untuk Pengakap dalam ekspedisi mendaki Gunung Keriang. Macam-macam aktiviti kat sana. Penat makan durian kat Kem Perik pun tak hilang lagi. Penat plak mendaki Gunung Keriang. Nak tercabut lutut. Maklum la, lutut aku tak berapa kuat sejak injured kat UPSI (kes main badminton gak...kepala lutut lari...mengurut sakan nak bagi masuk balik...1 sem tak pegang raket).

Ok la kot takat ni dulu pengalaman aku kat STAR. Ada lagi, aku cerita la. haha. Jumpa Lagi.