Monday, November 25, 2013

Wanita penghuni neraka

SEBUAH hadis daripada Abdullah bin Umar RA katanya: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakanlah istighfar iaitu memohon ampun kepada ALLAH SWT. Ini kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menghuni neraka.”

Lalu seorang wanita di antara mereka bangkit bertanya kepada Nabi: “Wahai Rasulullah SAW, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?”

Baginda SAW bersabda: “Ini kerana kamu banyak mengingkari perintah suami. Maka aku tidak pernah melihat mereka yang kekurangan akal dan agama melainkan daripada golongan kamu.

“Wanita itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah SAW! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?

“Lalu Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua wanita adalah sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Adapun yang dimaksudkan dengan kekurangan agama ialah wanita yang tidak mendirikan solat pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadan disebabkan kedatangan haid.”

Daripada pandangan mata kasar melihat golongan wanita itu lemah-lembutnya, namun apabila menyingkapkan maksud hadis berkenaan jelas betapa meremang bulu roma dan takutnya kepada seksaan ALLAH.

Wanita senang masuk syurga, mudah juga melangkah ke neraka!. Subhanallah.

Seseorang hawa itu jika patuh kepada setiap kata-kata suaminya, tidak meninggalkan suruhan ALLAH, tidak melakukan kemaksiatan dan pandai menjaga maruah keluarga  memudahkannya menjejak syurga idaman semua. Kerana itulah, dikatakan hikmahnya menjadi seorang perempuan.

WANITA adalah salah satu makhluk ciptaan ALLAH SWT yang indah dan berharga. Wanita jugalah sebenarnya yang akan menjadi pasangan kepada golongan lelaki yang bernama suami. Sebagaimana ALLAH menciptakan Hawa sebagai pasangan untuk Nabi Adam AS.

Malah beruntunglah bagi seorang lelaki atau suami, jika dia mempunyai isteri yang solehah sepertimana didambakan, pastinya akan menghiasi syurga dalam rumah tangga. Namun begitu terdapat hadis Nabi yang menyatakan bahawa ramai dalam kalangan wanita yang menghuni neraka ALLAH disebabkan perkara-perkara yang dilakukannya.

Isteri tidak hormat suami?

Dalam peristiwa solat gerhana matahari, Nabi Muhammad SAW dan sahabatnya melaksanakan solat tersebut dalam tempoh waktu yang panjang.

Rasulullah SAW diperlihatkan oleh ALLAH keadaan syurga dan neraka. Ketika Baginda SAW melihat neraka, maka Baginda SAW bersabda kepada sahabatnya: “Aku diperlihatkan keadaan neraka yang mana aku tidak pernah melihat pemandangan seperti ini, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah terdiri daripada kaum wanita. Lalu para sahabat bertanya: “Mengapa berlakunya perkara sedemikian wahai Rasulullah SAW?”

Baginda SAW bersabda: “Ia disebabkan oleh kekufuran yang telah dilakukan oleh mereka.”

Kemudian sahabat bertanya lagi: “Adakah mereka kufur kepada ALLAH?”

Baginda SAW menjawab: “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) pasti dia akan berkata: ‘Aku tidak pernah melihat sedikit pun kebaikan yang ada pada dirimu.’ ” (Riwayat Bukhari)

Eksekutif Hal Ehwal Islam, Jabatan Hal Ehwal Islam dan Penerbitan al-Quran, Kumpulan Media Karangkraf, Mohamad Amiro Safwan Mohd Kamil berkata, merujuk kepada hadis tersebut, Nabi SAW menyatakan kepada kita bahawa ramai penghuni neraka terdiri dalam kalangan wanita.

“Sebab utamanya ialah, kebanyakan wanita atau isteri yang mengingkari perintah suami. Ini termasuklah derhaka kepada suami, tidak mengikut dan menurut perintah suami, serta meninggikan suara ketika berbicara dengan suami. Perkara-perkara sedemikian sebenarnya yang menyumbang dan menempah tiket untuk ke neraka. Mungkin perkara ini telah menjadi kebiasaan di dalam masyarakat kita tanpa kita sedari.

“Sebagai contoh, apabila seorang wanita mempunyai kedudukan yang tinggi dalam sesuatu organisasi, pendapatan jauh lebih lumayan daripada suami sedangkan suami hanya pekerja am biasa serta mempunyai gaji yang cukup-cukup makan sahaja, maka segalanya akan lebih terbeban pada wanita atau isteri. Bil-bil, sewa rumah, kereta, perbelanjaan harian serta anak-anak semuanya banyak ditanggung isteri berbanding suami,” katanya kepada Rehal.

Menurutnya, di sinilah penghormatan kepada suami akan berkurangan, jika timbul perselisihan faham, isteri akan mengungkit apa yang telah dilakukannya dengan meninggikan suara terhadap suami. Paling teruk pula apabila menceritakan perihal dan keaiban suami kepada mereka yang tidak sepatutnya mengetahui perihal rumah tangga kita.

Mudahnya wanita ke syurga

Sebenarnya, bagi wanita yang menjadi isteri hanya empat syarat untuk mereka ke syurga. Sebagaimana hadis daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatan serta taat kepada suami, maka dia akan diberi pilihan oleh ALLAH untuk masuk ke dalam syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Riwayat Ahmad)

“Wanita atau isteri hanya boleh mengingkari perintah suami apabila suruhan tersebut membawa kepada keburukan, kejahatan, bahaya atau maksiat kepada ALLAH. Suruhan ini sama sekali tidak wajib dipatuhi oleh isteri dan tidak berdosa jika tidak melakukannya. Sebagai contoh suami yang pemalas, menyuruh isterinya mencuri atau merompak dan lebih malang menjual diri bagi mendapatkan kewangan untuk hidup.

“Apabila seorang suami melarang isterinya menunaikan solat dan membuka aurat sedangkan suruhan solat serta menutup aurat ini adalah perintah wajib daripada ALLAH. Suami sebegini dilihat dayus dan tidak ada tempat untuknya di syurga ALLAH jika tidak segera bertaubat,” kata Ustaz Amiro lagi.

Menurutnya, sekiranya perintah suami itu membawa ketaatan kepada ALLAH pastinya wajib untuk isteri melaksanakannya walaupun dalam keadaan
terpaksa.

Apabila kita menyingkapkan ayat al-Quran terdapat ayat yang menceritakan mengenai kisah wanita yang kufur kepada suami mereka sedangkan suaminya beriman kepada ALLAH.

Juga terdapat wanita yang beriman kepada ALLAH di saat suaminya pula yang kufur kepada ALLAH dan Dia berfirman: “ALLAH mengemukakan satu perbandingan (yang menyatakan tidak ada manfaatnya) bagi orang-orang kafir (berhubung rapat dengan orang-orang mukmin selagi mereka tidak beriman dengan sebenar-benarnya), iaitu: perihal isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut; mereka berdua berada di bawah jagaan dua orang hamba yang soleh dari hamba-hamba Kami (yang sewajibnya mereka berdua taati); dalam pada itu mereka berlaku khianat kepada suami masing-masing; maka kedua-dua suami mereka (yang berpangkat Nabi itu) tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari (azab) ALLAH, dan (sebaliknya) dikatakan kepada mereka berdua (pada hari pembalasan): “Masuklah kamu berdua ke dalam neraka bersama-sama orang-orang yang masuk (ke situ)”.

Jelaslah di sini bahawa iman langsung tidak dapat diwarisi. Walaupun suami seorang yang beriman, bahkan nabi sekalipun, belum tentu isterinya beriman kepada ALLAH. Sementelah lagi, jika suami itu tidak beriman kepada ALLAH.

Sirah Nabi ada menyatakan, sejahat dan sezalim firaun sekalipun, belum tentu isterinya mengikut jejak langkah suaminya. Itulah aturan ALLAH  Maha Bijaksana. Marilah kita berusaha untuk menjadi seorang suami, isteri atau anak yang soleh agar syurga ALLAH menjadi milik kita insya-ALLAH.

Gadis penjual susu yang jujur


KHALIFAH Umar al Khatab terkenal sebagai pemimpin yang gemar meronda pada waktu malam. Sebagai pemimpin negara, beliau perlu mengetahui apakah aktiviti rakyatnya pada malam hari. Umar berjalan-jalan di tepi sebuah rumah yang usang, lantas telinganya tertangkap akan perbualan si penjual susu yang miskin dan anak gadisnya.

“Wahai anakku, hari ini kita memperoleh bekalan susu yang sedikit, apa kata jika campurkan ia dengan air supaya kelihatan banyak sebelum matahari terbit,” kata si ibu.

Terkejut gadis itu, lantas dia menjawab, “kita tidak boleh berbuat seperti itu wahai ibuku, sesungguhnya Amirul Mukminin melarang berbuat demikian,”.

Penjual susu itu berkata lagi, “tidak mengapa anakku, jika di antara kita tidak membocorkan rahsia ini kepada sesiapa tentunya Amirul Mukminin tidak akan tahu,”.

“Benar, biarpun beliau tidak tahu, tetapi tuhan kepada Amirul Mukminin mengetahuinya,” jawab si gadis sunti itu.

Sebaik mendengar jawapan gadis itu, mengalir air mata Umar, terdetik di hati jujurnya anak gadis itu. Sampai di rumahnya, Umar meminta anaknya,
Asim menikahi gadis tersebut. Umar mengatakan, akan lahir daripada keturunan gadis ini bakal pemimpin Islam yang hebat, disegani yang bakal memimpin orang-orang Arab dan Ajam.

Asim, seorang anak yang menurut perintah, maka berkahwinlah Asim dan gadis anak si penjual susu yang miskin itu. Hasil pernikahan tersebut mereka beroleh anak perempuan dinamakan Laila  dikenali sebagai Ummu Asim. Kemudiannya Ummu Asim dinikahkan dengan Abdul Aziz bin Marwan. Perkongsian hidup itu lahirlah pembesar negara yang ulung, Umar bin Abdul Aziz.

Kenapa Yahudi di Iran enggan pindah ke Palestin?



DI IRAN, fahaman Yahudi tersebar di tiga bandar besar iaitu Tehran, Hamdan dan Isfahan. Menurut data rasmi Iran, ada sekitar 30,000 orang Yahudi di Iran. Sebuah jumlah yang sangat besar di sebuah negara yang melaungkan anti-Zionis!

Isfahan yang terletak di tengah-tengah Iran dan dikelilingi oleh bandar-bandar berasaskan Syiah seakan dengan jelas orang-orang Syiah melindungi mereka.

Kita harus tahu mengapakah orang-orang Yahudi di Iran menolak untuk berpindah ke tanah jajahan Palestin. Mengapa?

Kerana sebahagian Yahudi, Iran adalah tempat suci kerana banyak nabi mereka dikebumikan di sini.

Misalnya saja Nabi Daneil. Nabi Daneil adalah salah seorang  nabi yang sudah meramalkan kejadian-kejadian sebelum kiamat dan beliau dikenali di antara Yahudi dan umat Kristian. Selain Nabi Daniel, ada juga Nabi Habqouq, Nabi Sumoil, Qeedar dan Nabi Hajayy.

Di Iran juga ada makam Bunyamin iaitu saudara Nabi Yusuf. Jadi tidak hairan jika Yahudi mengagungkan Iran sebagai tanah suci. Mereka menganggap Isfahan sebagai bandar yang lebih spesifik lagi. Bandar ini merupakan tempat pertama di mana mereka berkumpul pertama kalinya selepas kemusnahan Palestin Baitulmuqaddis oleh Novukhodonsur.

Sejarah sudah merekodkan hal ini dan kemudian setelah 70 tahun penangkapan oleh Raja Babylon, Nebukadnezzar, mereka berkumpul di Isfahan.

Rabi-rabi di Isfahan mengajar anak- anak Yahudi tentang pelbagai kuil Yahudi.

Yang lebih mengejutkan ada sebuah hadis Nabi yang tertera dalam Sahih Muslim, hadis ke 7034 : " Anas Bin Malik berkata bahawa Rasulullah saw berkata: ' Dajjal akan diikuti 70 ribu Yahudi dari Isfahan mengenakan selendang Parsi. "


*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com petikan dari (Yahudi di Iran; Sebuah Fakta Mencengangkan)

Budak tersepit di jeriji


Budak tersepit di jeriji 
 Wang dipercayai tergelincir sebelum tersangkut


GUANGXI ZHUANG - CHINA - Tindakan seorang kanak-kanak tiga tahun yang ingin keluar mencari ibu bapanya mengundang padah apabila kepalanya tersangkut pada jeriji besi yang dipasang pada tingkap di kediamannya di Guilin, China.

Bapanya, Lian, 44, berkata Chyou Wang sering ditinggalkan sendirian ketika dia dan isterinya bekerja.

"Biasanya dia hanya tidur dan menonton televisyen. Dia mungkin bosan dan ingin mencari kami. Kami tidak pernah menyangka kejadian begini akan berlaku," katanya dipetik - Daily Mail

Kanak-kanak itu akhirnya diselamatkan anggota bomba selepas pejalan kaki terdengar tangisan dan mendapati dia tergantung pada jeriji tingkap di tingkat empat rumahnya.

Barnett lebih bijak daripada Einstein


Barnett lebih bijak daripada Einstein  
Barnett mempunyai kepakaran dalam bidang fizik.


SEORANG Seorang kanak-kanak penghidap autisme, dikatakan memiliki taraf kepintaran dengan IQ 170 melebihi saintis teragung, Albert Eistein.

Jacob Barnett, 14, disahkan menghidap sindrom Asperger ketika berusia dua tahun dan dikatakan tidak mungkin boleh bercakap atau membaca buat selama-lamanya.

Namun, telahan itu silap apabila Barnett muncul individu paling bijak terutama dalam bidang fizik kuantum dan memiliki Sarjana dari Universiti Indiana-Purdue Indianapolis (IUPUI) pada usia 10 tahun.

Kini, beliau sedang meneruskan pengajian memperoleh Ijazah Kedoktoran dalam bidang sama.

Ibunya Kristine Barnett berkata, mereka sekeluarga berusaha mengubati penyakit Barnett.

“Saya berharap, dia boleh memberi inspirasi kepada kanak-kanak autisme lain bahawa pada suatu hari nanti mereka juga boleh berjaya,” katanya dipetik SundayMail

Lari pelik cipta rekod


Lari pelik cipta rekod 
 Ito menunjukkan sijil selepas mencipta rekod baru lari dengan tangan dan kaki di Tokyo.


PELARI Jepun memecahkan rekod buku Guiness peribadi  bagi larian 100 meter menggunakan tangan dan kaki.
Kenichi Ito, 30, berjaya menamatkan larian dengan catatan 16.87 saat berbanding 17.47 saat tahun lalu.

Menurut Ito, dia belajar mengenai pergerakan itu melalui buku, video, lawatan ke zoo dan berlatih menggunakan keempat-empat anggota badan itu setiap hari sejak 10 tahun lalu.

"Diharap cara larian ini menjadi acara trek utama kelak," katanya dipetik USA Today

Sementara itu, wakil rekod buku Guiness, Carlos Martinez hadir bagi menyaksikan percubaan sekali gus mengumumkan rekod terbaru itu.

Tindakan pantas selamatkan isteri


Tindakan pantas selamatkan isteri  
Lelaki tersebut memaut kaki isterinya kira-kira 10 minit sebelum bantuan tiba.


BEIJING - CHINA. Tindakan pantas seorang suami berjaya menyelamatkan isterinya yang cuba terjun dari balkoni tingkat empat sebuah apartmen di Changjiang, selatan Pulau Hainan.

Menurut lelaki itu, isterinya melompat secara tiba-tiba dari balkoni selepas berlaku pertengkaran kecil.

"Saya sempat memaut salah satu kakinya hingga menyebabkan dia berada dalam keadaan tergantung kira-kira 10 minit sebelum bantuan tiba. Mujur dia tidak meronta ketika itu," katanya dalam laporan DailyMail.

Detik cemas tersebut berakhir selepas wanita itu diselamatkan anggota bomba dan penyelamat.

Wanita itu kemudiannya dihantar ke hospital untuk rawatan.

Sunday, November 24, 2013

Wanita bunuh kucing untuk eksperimen


Wanita bunuh kucing untuk eksperimen 
Pasukan penyelamat memberi makan kepada puluhan kucing kelaparan.


WARSAW - POLAND. Seorang wanita bertindak kejam apabila tergamak membunuh ratusan kucing untuk dijadikan bahan eksperimen.

Kegiatan wanita warga Poland itu terbongkar selepas jirannya melaporkan kepada polis kerana tidak tahan dengan bau busuk dan bunyi bising suara kucing.

Jurucakap polis berkata pada DailyMail, ketika diserbu, pihaknya menemui lebih 100 bangkai kucing di dalam peti ais.

“ Atas maklumat awam, kami menyerbu ke rumah wanita itu dan mendapati terdapat ratusan bangkai kucing di merata tempat,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini wanita berkenaan dilarang daripada menjaga anjing kerana melakukan kesalahan yang sama.

“Kami percaya, susulan pelarangan tersebut, wanita berkenaan menukar aktiviti anjing kepada kucing untuk ‘menjayakan’ misi eksperimennya,” katanya.

Beliau berkata, wanita itu kini menghadapi hukuman penjara dua tahun akibat melakukan kekejaman terhadap haiwan.

Sementara itu, pegawai kebajikan haiwan mendapati, sebanyak 72 kucing berada dalam keadaan kekurangan gizi dan sakit.

“Dari bedah siasat, terdapat beberapa kesan kecederaan pada badan kucing akibat dipukul,” katanya.

Tuesday, November 5, 2013

Micheal Jackson Selebriti Meninggal Dunia Terkaya


michael
Walaupun telah meninggal dunia, legasi Raja pop, Micheal Jackson tetap dihargai peminat seluruh dunia apabila disenaraikan sebagai selebriti meninggal dunia berpendapatan tertinggi untuk tahun ini. 
 
Lebih menarik dengan kekayaan sebanyak USD160 juta, jumlah itu melepasi pendapatan yang dikaut oleh selebriti yang masih hidup seperti Madonna yang berpendapatan sebanyak USD125 juta. 
 
Difahamkan, sebahagian besar jumlah ini disumbangkan menerusi pementasan Cirque du Soleil - Immortal yang mengutip sebanyak USD300 juta sejak dipentaskan tahun lalu. 
 
Menduduki tempat kedua adalah Elvis Presley dengan pendapatan sebanyak USD55 juta dan seterusnya ketiga miliki Elizabeth Taylor yang menduduki tempat pertama tahun lalu.

Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Naik 2 Tangga Gaji & Kenaikan Gred November 2013. SEMAK! SUMBER: http://www.beritaterkini.my

Kenaikan Tangga Gaji 2013
Berita Semasa pernah mengeluarkan laporan berita mengenai pelarasan gaji kakitangan awam sekitar 1 bulan lebih yang lalu iaitu pada 23 September [klik : DI SINI]. Nampaknya proses menambahbaik skim penjawat awam berjalan seperti yang dirancang. Terbaru….
Terbaru, daripada 1.4 juta kakitangan awam, sejumlah 600,000 penjawat awam akan terlibat sama akan menrima “durian runtuh” apabila bakal menerima kenaikan gaji kakitangan awam naik yang mana akan melibatkan 81 skim perkhidmatan awam kesemuanya. Antaranya :

Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Naik 2 Tangga Gaji : Senarai Skim?

  1. Pembantu Kawalan Trafik Udara
  2. Pemandu Lokomotif Sabah
  3. Pereka
  4. Pegawai Kebudayaan
  5. Ahli Fotografi
  6. Jurusolek
  7. Pegawai Galian
  8. Pegawai Kimia Bumi
  9. Pegawai Kaji Bumi (Geofizik/Kaji Bumi)
  10. Penolong Pegawai Galian
  11. Penolong Pegawai Kimia Bumi
  12. Pembantu Galian
  13. Pembantu Kaji Bumi
  14. Pegawai Makmal Filem
  15. Penolong Pegawai Makmal Filem
  16. Pembantu Makmal Filem
  17. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
  18. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma
  19. Pensyarah Perubatan
  20. Pensyarah Pergigian
  21. Pembantu Pegawai Latihan Vokasional/
  22. Penolong Pegawai Latihan Vokasional/
  23. Pegawai Latihan Vokasional
  24. Pengajar Kraf
  25. Pembantu Pertanian
  26. Pembantu Veterinar
  27. Renjer Hutan
  28. Pengajar Membalak
  29. Pengawas Hutan
  30. Pembantu Hidupan Liar
  31. Pembantu Hidupan Liar Rendah
  32. Tukang K1
  33. Tukang K2
  34. Pemandu/ Operator Jentera Pemunggah
  35. Operator Loji
  36. Pekerja Awam Khas
  37. Pekerja Awam
  38. Penyelamat
  39. Pelukis Pelan
  40. Juruteknik Landskap
  41. Juruteknik
  42. Juruteknik Ukur
  43. Juruteknik Perancang Bandar dan Desa
  44. Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera
  45. Penguasa Bekalan Air
  46. MerinyuTali Air
  47. Pegawai Perhubungan Preman
  48. Penyelia Jeti
  49. Penghantar Notis
  50. Pembantu Kamera
  51. Pemandu
  52. Pemandu Kenderaan
  53. Pembantu Am Pejabat
  54. Pengurus Stesen
  55. Penyelia Jurupakaian
  56. Peniup Kaca
  57. Pegawai Khidmat Pelanggan
  58. Pengawas Pemulihan
  59. Pegawai Penerbitan
  60. Penolong Pegawai Penerbitan
  61. Pembantu Penerbitan
  62. Operator Kamera Offset
  63. Pembuat Plat
  64. Penolong Operator Kamera
  65. Penolong Pegawai Penyelidik Sosial
  66. Pembantu Penyelidik Sosial
  67. Pengurus Asrama
  68. Penolong Pengurus Asrama
  69. Penyelia Asrama
  70. Penolong Pegawai Tadbir Tanah
  71. Pembantu Tadbir Tanah
  72. Pegawai Pemeriksa Paten
  73. Pemandu Enjin (Keretapi Bukit Bendera)
  74. Pembantu Pemuliharaan
  75. Jurulatih Kawad
  76. Pembantu Wartawan/Wartawan
  77. Atendan Kesihatan
  78. Penolong Pegawai Penaksir
  79. Pegawai Aktuari
  80. Pegawai Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia
  81. Askar Laskar Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia
Senarai 81 skim seperti di atas termasuk dalam Bajet 2014 yang mana anda semua akan mula menrima surat tawaran opsyen bermula November 2013 ini. Nantikan…..

Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Naik & Kenaikan Gred

  1. November 2013 : Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mula dikeluarkan. Mula terima surat tawaran opsyen bagi kenaikan gaji & gred kakitangan awam daripada ketua jabatan masing-masing
  2. Disember 2013 : Penjawat awam perlu beri jawapan. Terima atau tidak.

Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Naik & Kenaikan Gred 2013 : Initpatinya?

  • kenaikan taraf skim perkhidmatan gred 1 hingga 10 kepada gred 11
  • pemberian dua tambahan kenaikan mata gaji
  • pertukaran nama beberapa skim seperti diminta Cuepacs dan kesatuan berkaitan
Kenaikan Gred 2013
Jika skim anda belum tersenarai lagi untuk menerima kenaikan gaji dan gred dalam tempoh terdekat ini, Cuepacs Malaysia sedang berusaha keras untuk membolehkan lebih banyak skim menerima tempias penambaikan dan kenaikan.
Termasuklah  Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta pihak berkuasa tempatan.
Skim-skim yang lain tetap akan ada harapan untuk menerima berita kenaikan gaji selepas ini. Nantikan berita gembira tersebut tidak lama sahaja lagi. Apa kata penjawat awam mengenai berita kenaikan gaji yang terbaru ini?

Tuesday, October 8, 2013

Amah minum air kencing sendiri


NEW DELHI - INDIA. Seorang amah diselamatkan anggota polis selepas mendakwa didera majikan di sini, semalam.

Pegawai polis berkata kepada AFP, pembantu rumah itu dipaksa meminum air kencingnya sendiri dan badannya ditekap dengan kuali panas.

“Remaja itu diseksa majikannya, seorang wanita berusia 50 tahun warga tempatan bekerja di syarikat multinasional Perancis.

Hasil maklumat jirannya, kami menyerbu ke kediaman mangsa untuk menyelamatkannya,” katanya.

Sementara itu, remaja terbabit mendakwa, dia juga dipukul dengan penyapu dan dipaksa berbogel di dalam bilik air sebelum menyimbahnya dengan air panas.

Thursday, October 3, 2013

Najis panda hasil bahan api


Najis panda hasil bahan api

WASHINGTON - AS. Sepasang panda di Zoo Memphis menyumbang sisa buangan untuk tujuan penyelidikan bagi pembangunan biofuel.

Penyelidik Universiti Mississipi, Ashli Brown mengetuai kajian itu berkata, mereka cuba mengalihkan penghasilan biofuel daripada menggunakan bahan makanan seperti jagung.

"Kami menemui lebih 40 mikrob dalam najis panda yang sebenarnya mungkin penyelesaian kepada pencarian sumber tenaga baru.

"Penghasilan biofuel daripada sisa tumbuhan lebih mudah dan murah," katanya dipetik Daily Mail.

Menurutnya, etanol daripada jagung adalah alternatif bahan api terbaik di Amerika Syarikat, bagaimanapun ia dikhuatiri akan meningkatkan harga makanan atau membawa kepada kekurangan makanan jika penggunaan kacang soya dan jagung digunakan secara meluas.

Budak 6 tahun menari breakdance


Budak menari breakdance  
Sebahagian daripada gerakan tarian breakdance oleh Dachiya yang mampu memukau penonton.

PARIS - PERANCIS. Seorang kanak-kanak perempuan enam tahun berjaya memukau penonton dari serata dunia dengan kemahiran tarian breakdance yang menakjubkan.

Dachiya Atkinson atau B-Girl Terra mula menjadi sensasi di internet awal tahun lalu selepas rakaman persembahannya di sebuah pertandingan tarian di Paris ditonton oleh lebih 2.8 juta orang dalam tempoh hanya lima hari.

Selepas itu, penampilan Dachiya sekali lagi mengejutkan penonton dalam rancangan The Ellen Show dan dia turut muncul dalam muzik video Platoon oleh penari Britain, Jungle.

Klip video tersebut telah dimuat naik di pelbagai laman media termasuk YouTube dan berjaya menarik lebih 100,000 jumlah tontonan.

Ibunya, Jennifer Hollyak, 27, berkata, anaknya itu mula belajar berjalan ketika berumur sembilan bulan.

"Dachiya telah melakukan aksi handstands  dan berpusing menggunakan kepala semasa berumur tiga tahun," katanya.

Difahamkan, walaupun dikurniakan bakat luar biasa, Dachiya tetap berperwatakan sama seperti kanak-kanak perempuan lain yang suka bermain dengan anak patung, laporan dipetik dari DailyMail.

Rumah mudah alih


Rumah mudah alih  
Rumah Casa Transportable APH80 ini menggunakan konsep hiasan dalaman mewah.

MADRID - SEPANYOL. Jika dilihat sekali imbas, ia kelihatan seperti sebuah bangsal logam biasa.

Bagaimanapun, ia sebenarnya adalah sebuah rumah kecil mudah alih dilengkapi ruang tamu dan bilik tidur berkonsepkan hiasan dalaman mewah serta boleh didirikan dalam tempoh 24 jam.

Rumah digelar Casa Transportable APH80 berukuran tiga meter tinggi itu direka oleh sebuah syarikat seni bina di Sepanyol.

Ia dibina menggunakan bahan kitar semula dan hanya mengambil masa enam minggu untuk disiapkan.

Difahamkan, rumah kecil itu lebih selesa jika didiami tidak melebihi daripada dua orang dalam satu masa.

Menurut syarikat hiasan dalaman Batavia, walaupun bahagian luar rumah itu kelihatan suram, hiasan dalamannya tidak menghampakan kerana menggunakan papan berkualiti dan tidak menimbulkan alahan kepada pemiliknya, laporan dipetik dari DailyMail.

Ular gemparkan penumpang


Ular gemparkan penumpang  
Ular spesies Mandarin Rat Snake ini ditemui di kabin penumpang.

CRANBERRA - AUSTRALIA . Seramai 370 penumpang pesawat Qantas Boeing 747 terpaksa bermalam di Sydney selepas penerbangan dibatalkan susulan penemuan seekor ular di dalam pesawat itu.

Qantas Airways dalam satu kenyataan melaporkan, ular berukuran 20 sentimeter spesies Mandarin Rat Snake itu ditemui di kabin penumpang sebelum pesawat terbabit berlepas ke Tokyo dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney.

"Keseluruhan pesawat diperiksa bagi memastikan tiada ular lain terdapat di dalam kabin tersebut," menurut kenyataan AP.

Sementara itu, Jabatan Pertanian memaklumkan, reptilia itu boleh membesar sehingga 1.2 meter dan boleh mendatangkan bahaya kepada manusia.

Hilang zakar kerana Viagra


COLOMBIA - Gara-gara mengambil dos Viagra secara berlebihan untuk menarik perhatian teman wanitanya, seorang bekas ahli politik menerima padah selepas doktor terpaksa memotong zakarnya.

Hasil pemeriksaan doktor di sebuah hospital di Neiva mendapati zakar bekas ahli politik dari Gigante berumur 66 tahun itu telah patah dan mengalami keradangan.

Difahamkan, prosedur itu terpaksa dilakukan kerana mangsa mengalami ereksi selama beberapa hari akibat ubat kuat tersebut.

Doktor juga mengesahkan keadaan kesihatan lelaki tersebut semakin pulih selepas menjalani pembedahan itu, dipetik dari laporan DailyMail.

Bekas perompak, penagih insaf


Bekas perompak, penagih insaf

SIKAP perompak yang insaf dan memulangkan kembali wang hasil rompakan sememangnya jarang terjadi dan harus dicontohi.

Meskipun kejadian berlaku lebih 12 tahun lalu, namun dia nekad mengembalikan wang yang dirompak dalam usahanya untuk kembali membetulkan kesilapan yang telah dilakukan sekali gus membuka lembaran baru dalam hidupnya.

Walaupun tidak berdepan secara bersemuka dengan pemilik wang, tindakan bekas perompak itu meninggalkan sampul surat berisi nota tulisan tangan meminta maaf dan wang AS$400 (RM1,300) harus dipuji.

Dalam notanya, bekas perompak itu menjelaskan, dia tidak lagi mengambil dadah dan mahu membetulkan kesilapan terhadap mereka yang pernah disakitinya.

Pewaris kedai runcit InterAsian Market & Deli di Nashville, Amerika Syarikat Somboon Wu berkata, walaupun tidak mengenali lelaki itu, tetapi dia ingin masyarakat tahu lelaki itu perlu diberikan peluang kedua.

“Kami berasa terharu dengan sikap bekas perompak ini. Dia perlu dipuji  kerana telah insaf. Tindakannya itu memberi inspirasi kepada bekas perompak yang senasib dengannya. Kepada lelaki ini, kami ingin memberitahu, anda telah dimaafkan. Semoga anda mendapat ketenangan dan kemakmuran dalam hidup,” katanya pada laporan Daily Mail

Wu dan bapanya Keosavanh Xayarath memuat naik gambar nota itu di laman Twitter dan Instagram dengan keterangan: “Kami telah dirompak kira-kira 11 atau 12 tahun lalu. Hari ini kami terkejut menerima nota ini daripada perompak yang mengembalikan semula wang tunai".

Wu menerima kedatangan seorang lelaki tidak dikenali awal bulan lalu yang berkeras menyuruhnya menerima sampul surat. Tanpa diketahui, lelaki itu adalah lelaki sama yang melakukan rompakan bersenjata dan melarikan wang lebih AS$300 (RM980) lebih sedekad lalu.

Pak belang tinggal serumah


Pak belang tinggal serumah 
 Borges bersama seekor daripada harimau peliharaan di Sao Paulo.

SAO PAULO - BRAZIL. Sebuah keluarga pencinta haiwan sanggup tinggal serumah dengan tujuh harimau seberat kira-kira 222 kilogram di Maringa, Brazil.

Ary Borges berkata, beliau mula memelihara haiwan pemangsa itu selepas menyelamatkan dua harimau dari sarkas lapan tahun lalu.

"Saya tidak bimbang membiarkan anak dan cucu bermain dengan harimau ini. Kita perlu tunjukkan rasa sayang dan hormat kepada haiwan itu supaya ia lebih jinak," katanya pada Daily Mail.

Menurutnya, selain membenarkan harimau itu bebas, mereka juga melakukan aktiviti riadah bersama.

"Saya terpaksa mengawal pembiakannya selepas pihak berkuasa mengehadkan permit pemilikan," katanya.

Beliau berkata, keluarganya kini dalam perancangan membina taman eko seluas 17 hektar untuk melakukan program pembiakan.

Bosan di kuliah, pelajar lukis di peha sendiri


Bosan di kuliah, pelajar lukis di peha sendiri

FLORIDA - AMERIKA SYARIKAT. Jodi Steel menghilangkan rasa bosan dalam bilik kuliah dengan cara unik.

Gadis kelahiran Florida ini bakal melukis pehanya sendiri semasa menunggu kuliah pensyarahnya berakhir.

Sebaik pulang ke rumah, Steel akan memuatnaik gambar itu di blognya dan memadamkannya lukisan di pehanya.

Uniknya, lukisannya itu menghasilkan gambar-gambar yang mengagumkan dan membuatkan ramai pelawat ke blognya.

Malahan beberapa gambar 'hasil seninya' yang sering mendapat perhatian adalah seperti wajah pelakon dan seniman seperti Joseph Gordon-Levitt serta vokalis Radiohead, Thom Yorke sehingga ke gambar gajah dan kucing.

“Selalunya, orang memang berharap karya seninya dilihat orang tetapi saya sendiri tak berfikir bahawa gambar-gambar ini akan menjadi perhatian orang,” katanya seperti yang dipetik dari Daily Mail.

Presiden Iran dibaling kasut


Presiden Iran dibaling kasut  
Kasut yang dibaling ke arah Hassan dilaporkan tersasar dan gagal mengenai beliau.

TEHERAN - IRAN. Kereta yang membawa Presiden Iran Hassan Rohani telah dibaling kasut oleh individu tidak dikenali ketika beliau meninggalkan Lapangan Terbang Mehrabad selepas kembali dari menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, semalam.

Bagaimanapun, media tempatan melaporkan kasut tersebut gagal mengenai beliau yang ketika itu sedang melambaikan tangan ke arah penyokongnya.

Kejadian itu dipercayai berlaku berikutan sekumpulan penunjuk perasaan berang kerana Hassan berbual selama 15 minit bersama Presiden AS Barack Obama untuk pertama kali, malam kelmarin selepas hubungan antara kedua-dua negara terbabit dilaporkan dingin sejak lebih 30 tahun lalu.

Khamis lalu, Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif turut mengadakan pertemuan bersama wakil beberapa negara termasuk Setiausaha Negara AS, John Kerry untuk berbincang mengenai program nuklear yang dibangunkan negara tersebut.

Difahamkan laporan dipetik dari AFP, bekas Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad juga pernah menerima nasib yang sama ketika beliau mengadakan lawatan ke Mesir, awal tahun lalu.

Memandu boleh rosakkan ovari?


Memandu boleh rosakkan ovari?  
Memandu didakwa boleh beri kesan sampingan kepada golongan wanita.

RIYADH - ARAB SAUDI. Seorang ulama terkemuka di Arab Saudi mendakwa bahawa memandu boleh memberi kesan sampingan kepada golongan wanita termasuk merosakkan ovari selain menyebabkan kanak-kanak mengalami masalah klinikal.

Jumaat lalu, dalam satu wawancara yang dipaparkan di dalam laman sesawang sabq.org, Sheikh Saleh al-Lohaidan turut menyokong hujahnya itu bersama dengan kajian perubatan yang menunjukkan perbuatan memandu sebenarnya memberi kesan secara terus kepada ovari selain menolak pelvis ke atas.

"Perkara ini dapat dilihat dengan jelas kerana wanita yang memandu secara kerap biasanya akan mempunyai anak yang mengalami pelbagai masalah klinikal," jelasnya menurut laporan Reuters.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu susulan daripada tindakan beberapa aktivis yang mengadakan kempen baru untuk membantah larangan tersebut pada 26 Oktober depan.

Caesar teman setia pesara


Caesar teman setia pesara  
Weller menghabiskan masa bersama Ceaser di rumahnya.

KENT - ENGLAND. Seorang pesara, Chris Weller, 66, sanggup tidur di loteng dan membelanjakan lebih 23,000 pound  (RM120,000) untuk mengubah suai rumah banglo di Rochester, Kent, Britain bagi menempatkan seekor buaya peliharaannya.

Weller yang pernah berkhidmat lebih 40 tahun di penjara Rochester menukar tingkat bawah rumahnya dan membina sebuah kolam untuk dijadikan habitat reptilia itu untuk berkeliaran.

Menurut Weller, buaya digelar Caesar dibeli enam tahun lalu ketika panjangnya masih kurang 0.3 meter untuk dijadikan sebagai teman.

"Kini ia berusia tujuh tahun dengan panjang lebih 1.6 meter. Spesies ini boleh hidup sehingga 40 tahun dan panjangnya boleh mencecah lebih 2 meter.

"Caesar adalah peneman paling rapat, dan kami akan menghabiskan hampir setiap masa bersama pada setiap hari dengan menonton televisyen dan mendengar radio," katanya, laporan dipetik dari DailyMail.

Lelaki paling pendek di dunia


Lelaki paling pendek di dunia 
 Master Nau mempunyai ketinggian 41sm.

KATHMANDU - NEPAL. Seorang warga emas sanggup pergi ke Kathmandu bagi menunaikan hasratnya untuk diiktiraf dalam Rekod Dunia Guinness sebagai lelaki paling pendek di dunia.

Master Nau, 73, dari Bhairahawa mempunyai ketinggian 41 sentimeter (sm).

Anak saudaranya, Seema Sheikh berkata, kehadiran Nau disambut meriah media dari pelbagai agensi.

"Master Nau gemar melancong dan suka berkongsi tentang kehidupan hariannya," katanya.

Difahamkan, rekod manusia paling pendek di dunia ketika ini dipegang seorang lelaki warga Nepal, Chandra Bahadur Dangi, 74, dengan ketinggian 54.6sm, laporan dipetik dari AP.

Budak maut disambar buaya


MEXICO - Seorang kanak-kanak lelaki 10 tahun meninggal dunia selepas dibaham buaya yang muncul di kampungnya selepas ribut tropika Ingrid dan Manuel membadai selatan negara itu.

Jurucakap Pegawai Perlindungan Alam Sekitar dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 28 ekor buaya ditangkap di bandar itu sejak dua minggu lalu, laporan dipetik dari AFP.

"Ketika kejadian, kanak- kanak malang itu sedang bermain di sungai di selatan negeri Oaxaca bersama abangnya berusia 13 tahun sebelum buaya sepanjang empat meter menyambar kepala dan mengheret mangsa.

"Buaya itu ditangkap dan kini diletakkan di taman negara di bawah perlindungan pengawal pantai Oaxaca," katanya.

Tikus gergasi ditangkap


Tikus gergasi ditangkap  
Tikus menjadi hidangan penduduk di Hunan.

HUNAN - CHINA.Seekor tikus gergasi seberat lebih lima kilogram ditangkap petani Cina di Shaoyang, Hunan, China.

Tikus seberat 10 kali ganda daripada tikus biasa itu pertama kali dikesan selepas memakan ikan seberat tiga kilogram dari sebuah kolam di kampung Shaoyang yang selama ini mengganggu ketenteraman penduduk kampung.

Menurut media tempatan, selepas dibunuh petani menghadapi kesukaran untuk menyiangnya kerana kulit dan tulang yang tebal.

"Dua bilah pisau patah semasa mereka cuba memasaknya," menurut laporan itu kepada Daily Mail.

Tikus merupakan makanan tradisional di Guangdong, selatan China dan dipercayai tiga kali lebih berkhasiat berbanding ayam.

Mr Bean sudah peluk agama Islam?

Rowan Atkinson 



 Rowan Atkinson

BERITA ini mungkin akan mengejutkan dunia hiburan seluruh dunia.

Sebentar tadi, melalui sebuah portal berita yang dipetik dari Islampos.com dan laman web Sadalbadi.com melaporkan bahawa selebriti yang popular dengan watak lucu Mr Bean iaitu Rowan Atkinson, dipercayai telah memeluk agama Islam baru-baru ini.

Menurut laman web berkenaan, Rowan dipercayai terbuka hati untuk memeluk agama Islam selepas menonton filem Innocent of Muslim.

Melalui sebuah portal berita dari Indonesia pula, mereka memberitahu, “Mr Bean tak berbicara banyak ketika ditanya media, hanya mengangkat jari saja sebagai isyarat dia bersyahadat."

Menurut beberapa sumber portal media, Sheikh Rashid Ghannousyi, adalah salah seorang pembimbing Mr Bean.

"Banyak yang memberi selamat kepadanya di sepanjang jalan” – dipetik dari Islampos.com.

Sehingga kini, masih belum dapat dipastikan lagi kesahihan berita ini.

Khabarnya, media-media barat masih belum menyiarkan lagi apa-apa berita mengenai Rowan Atkinson.

Sunday, September 8, 2013

Bunuh diri untuk derma organ


Zhejiang: Seorang lelaki di Hangzhou, wilayah Zhejiang di timur China, menghantar mesej pesanan ringkas (SMS) kepada polis, memaklumkan niatnya menderma anggota tubuh dan organnya untuk tujuan saintifik sebelum membunuh diri.

Kejadian berlaku pada Rabu lalu, umum polis.
“Saya membuat keputusan menderma anggota badan saya untuk kebajikan. “Apabila anda terima mesej ini, saya sudah mati. Maaf mengganggu,” kata lelaki itu.



Mesej itu diterima pada jam 4.21 pagi Isnin lalu.

Mayat tergantung

Lelaki itu kemudian ditemui tergantung di luar rumah sewanya di daerah Yuhang, kata polis.
Satu kerusi roda ada dekat mayatnya. Tongkat dan dua nota memberitahu niatnya juga ada.

Polis memotong tali dan memberi bantuan perubatan tetapi doktor mengesahkan lelaki itu diberi nama Wang, mati di tempat kejadian.

Dia mengalami kesusahan kerana ada masalah otot dan baru menyambut hari jadi ke-30.

Polis percaya, Wang sudah putus asa kerana masalah hidup tetapi mahu memberi sumbangan terakhir kepada masyarakat.

“Niat utama saya ialah menderma semua organ dan badan kepada badan kebajikan,” kata Wang.

XINHUA

Wanita mengaku bakar teman lelaki


Wanita mengaku bakar    teman lelaki  
Rumah Julia Rivera lokasi dia mencurah minyak jagung panas ke atas teman lelakinya. Gambar kecil, Julia Rivera.
 
Hartford: Seorang wanita di Connecticut menyerah diri kepada polis awal pagi semalam selepas mengaku membakar teman lelakinya sehingga mati, namun dia bernasib baik, kerana lelaki terbabit terselamat.

Julia Rivera, 47, dikenakan dakwaan menyerang, melakukan tindakan berbahaya secara melulu, mengingkari arahan perlindungan dan salah laku oleh pihak polis.
Wanita terbabit sebelum itu menghubungi talian kecemasan 911, pada jam 12.30 tengah malam untuk membuat laporan bahawa dia membunuh teman lelakinya. Rivera juga meminta polis menahannya kerana membakar teman lelakinya hingga mati, tanpa menyedari bahawa lelaki terbabit terselamat tetapi mengalami 70 peratus kesan melecur.

Apabila pegawai polis tiba di lokasi kejadian, mereka melihat Rivera menunggu di luar rumahnya, bersedia untuk dibawa pergi.

Mengaku bakar

“Tangkap saya. Saya yang melakukannya. Saya bakar dia hidup-hidup,” katanya kepada mereka.
Apa yang tidak diketahui Julia ialah teman lelakinya masih hidup.

Akhbar The Hartfort melaporkan dia ditemui di dalam sebuah rumah beberapa blok dari situ dan segera dikejarkan Pusat Kebakaran Connecticut di Hospital dengan 70 peratus tubuhnya melecur.

Polis berkata, Rivera mencurah teman lelakinya dengan minyak jagung panas dari kuali di rumahnya.
AGENSI

Berebut air mata ikan duyung



BANGKA, Sumatera - Penduduk Kampung Penyak, mukim Koba di daerah ini digemparkan dengan berita penangkapan dua ekor ikan duyung oleh seorang nelayan tempatan, Rabu lalu.
Penemuan itu membuatkan penduduk teruja dan pergi ke tepi pantai bagi melihat sekali gus mengabadikan peristiwa tersebut pada telefon bimbit masing-masing.
Malah, kebanyakan di antara mereka tidak melepaskan peluang sehingga sanggup berebut untuk mengambil air mata ikan duyung kerana mempercayai ia mempunyai 'khasiat' tersendiri.
Menurut maklumat yang diperoleh Bangkapos.com, dua ekor haiwan itu ditangkap nelayan bernama Nizar di pulau Bebuar dan pulau Penyak.
Kira-kira pukul 5 petang sewaktu Nizar mahu mengangkat jaringnya, dia mendapati, terdapat tiga ekor ikan duyung tersangkut di dalamnya.
Namun sewaktu cuba menaikkan ikan itu ke dalam bot, seekor daripada ikan itu terlepas, manakala dua ekor lagi iaitu masing-masing seekor dewasa dan anak berjaya ditangkap dan dibawa pulang.
Malangnya, kedua-dua ekor ikan itu mati sewaktu ia sedang dibawa ke rumah Nizar.
Ketua Kampung Penyak, Rustam ketika ditemui mengesahkan penangkapan ikan yang masing-masing mempunyai berat 300 dan 20 kilogram.
''Ikan dewasa itu kemudiannya dibawa ke pasar untuk dijual,'' katanya. - AGENSI

Empat Pencuri Sumbat Kerbau Dalam Perodua MYVI



Sekumpulan empat lelaki yang mencuri kerbau bertindak kejam apabila memenggal kepala haiwan dan bahagian badan lain sebelum menjual dagingnya di sekitar Kemaman.
Kumpulan membabitkan lelaki berusia 20-an terbabit yang dipercayai aktif melakukan kegiatan itu sejak awal Ramadan lalu turut bertindak agresif apabila melakukan kekejaman terhadap haiwan berkenaan sebaik ia ditangkap sebelum memasukkan bahagian badan yang dipotong ke dalam kereta.
Namun, kekejaman kumpulan lelaki yang dipercayai sudah mengaut keuntungan besar hasil daripada kegiatan itu berakhir apabila mereka ditahan selepas gagal melarikan diri ketika kenderaan dinaiki dikejar anggota polis, awal pagi semalam.
Kereta Perodua Myvi dinaiki kumpulan terbabit terserempak kenderaan polis yang menjalankan rondaan cegah jenayah di Kampung Padang Kubu, kira-kira jam 1.30 pagi.
Berikutan curiga dengan kenderaan terbabit yang dipercayai sarat dengan muatan, anggota polis mengarahkan kenderaan itu berhenti, namun ia tidak diendahkan sebelum melarikan diri ke Chukai kira-kira 50 kilometer dari tempat kejadian.

Menyedari kenderaan dinaiki diekori polis, kumpulan terbabit melarikan diri melepasi sempadan Kemaman sebelum memasuki Chendor, Pahang.
Bagaimanapun, usaha menahan kumpulan terbabit gagal menyebabkan anggota polis berkenaan mengekori kenderaan itu sebelum kenderaan terbabit yang kehilangan arah tersadai sebaik tiba di kawasan berpaya berhampiran Sungai Baging, Kuantan, kira-kira 20 kilometer dari Chendor.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat, berkata sebaik tersadai, empat lelaki terbabit cuba melarikan diri sebelum dua daripada mereka ditahan di kawasan berkenaan.
“Pemeriksaan dalam kenderaan itu, kami mendapati beberapa bahagian badan kerbau yang belum dilapah dianggarkan seberat lebih 100 kilogram disembunyikan di tempat duduk belakang dan soal siasat mendapati bahagian badan haiwan berkenaan haiwan yang dicuri di kawasan ladang Ketengah Jaya,” katanya.
Menurutnya, dua lelaki dari Kampung Limbong, Chukai itu disiasat mengikut Seksyen 29(1) Kanun Keseksaan kerana gagal memberi keterangan mengenai barangan dibawa dan dituduh di Mahkamah Majistret Kemaman, pagi semalam.

Anjing teman dua anak cheetah



Amani diletakkan bersama dua ekor anak harimau cheetah di Zoo Dallas kelmarin.

DALLAS, Texas - Sebanyak dua ekor anak harimau cheetah menjadi ahli baharu keluarga besar haiwan di Zoo Dallas di sini kelmarin.
Pihak zoo berkenaan menyambut kehadiran dua anak cheetah jantan itu dengan menyediakan seekor anak anjing baka Labrador sebagai teman kepada spesies kucing besar itu.
Dua anak cheetah yang baru berusia lapan minggu itu diberi nama Winspear dan Kamau.
Winspear dan Kamau lahir pada 8 Julai lalu di Institut Biologi dan Konservasi Smithsonian, dalam negeri Virginia.
Dua ekor anak harimau tersebut ditemani anak anjing berkenaan, Amani yang juga berusia lapan minggu.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pihak zoo terbabit, Amani bermaksud keamanan dalam bahasa Swahili.
Beberapa pakar haiwan percaya anak anjing tersebut akan dapat menenangkan anak harimau cheetah berkenaan. - AP

Pelajar gagal besar payudara ancam bunuh diri


Beijing: Seorang pelajar kolej mengancam membunuh diri dengan terjun dari bumbung bangunan sebuah klinik pembedahan plastik.
Pelajar berkenaan bertindak demikian selepas implan payudaranya ditanggalkan kerana masalah perubatan.

Dia berdiri di tepi bumbung Hospital Perubatan Kecantikan Fuhua selama beberapa jam, mengancam untuk terjun selepas gagal mendapatkan pampasan daripada klinik itu.
Anggota keselamatan bagaimanapun berjaya memujuknya supaya membatalkan niatnya itu.

Pelajar berkenaan sebeleum itu membuat pembedahan membesarkan payudaranya sebagai persediaan untuk temuduga bagi mendapatkan pekerjaan. Ramai pelajar wanita di China percaya peluang memperoleh pekerjaan lebih terbuka jika mereka mempunyai payudara besar.

Kebanyakan pusat kecantikan di negara berkenaan menyasarkan pelajar wanita yang hampir tamat pengajian dengan menawarkan diskaun sehingga 65 peratus untuk menjalani pembedahan membesarkan payudara bagi meningkatkan peluang mereka untuk mendapat pekerjaan. - Agensi

Monyet makan testikel bayi


Beijing: Seorang wanita terpaku melihat seekor monyet merentap satu daripada testikel bayinya berusia lapan bulan di sebuah zoo sebelum lari dan memakannya.
Kejadian mengejutkan itu berlaku di Taman Hidupan Liar Guiyang Qianling di Guìyáng, ibu negeri wilayah Guizhou di barat daya China.
Si ibu sedang menukar lampin bayinya apabila haiwan berkenaan menyerang dan merentap testikel kanak-kanak berkenaan dan melarikan diri sebelum testikel itu terjatuh.

Seorangt lelaki tua dilapor memungut testikel itu tetapi monyet berkenaan kembali dan merampasnya daripada lelaki terbabit dan melarikan diri sambil memakannya.

Rakaman yang disiarkan sebuah stesen televisyen China menunjukkan kanak-kanak itu dirawat di sebuah hospital dengan dijaga oleh ibunya.

Kecederaannya tidak mengancam nyawa.

Jumlah monyet di zoo terbuka itu dilapor meningkat daripada 70 kepada 500 sejak beberapa tahun lalu dengan keadaan dilihat tidak boleh dikawal lagi.

Meskipun diberi makan tiga kali sehari oleh pihak zoo, haiwan itu turut memperoleh makanan daripada pengunjung.

Stesen itu juga menyiarkan rakaman monyet menggigit seorang kanak-kanak kecil yang cuba membelai haiwan itu.

Menurut laporan itu, serangan monyet ke atas pengunjung sering berlaku di zoo berkenaan. - Agensi

Bina peti surat bentuk pistol

New Jersey: Seorang peminat fanatik pistol membina sebuah peti surat gergasi berbentuk revolver.44 Magnum.
Roger Buchko, 49, dari bandar Lopatcong, New Jersey, menghasilkan ciptaannya itu berdasarkan pistol Smith & Wesson yang dimilikinya.
Dia menyiapkan peti surat berkenaan dua minggu lalu dan sejak itu semua suratnya dimasukkan menerusi muncung pistol berkenaan.

Buchko memperoleh idea itu selepas melihat rekaan serupa di Internet dan menghabiskan beberapa jam sehari selama empat bulan untuk membinanya.
Foto
BUCHKO menunjukkan peti surat miliknya yang berbentuk pistol revolver.

Menurutnya, dia tidak berniat untuk membuat sebarang kenyataan politik di sebalik peti surat berkenaan.

“Ia hanya projek peribadi saya,” kata Buchko.

Tempat meletak peluru pistol berkenaan yang boleh dipusingkan dibuat daripada kayu sementara pemegang dan larasnya daripada paip PVC.

Butchko, bekas pembuat kabinet berkata, setakat ini, peti suratnya itu menerima reaksi positif.

Sekurang-kurangnya 500 orang sudah mengambil gambarnya.

“Mereka sukakannya. Tidak ada yang memberi reaksi negatif, kecuali seorang yang melontar telur pada peti surat saya itu,” katanya. - Agensi

Maimon Mutalib meninggal dunia


Maimon Mutalib

KUALA LUMPUR - [Dikemaskini] Pelakon veteran drama dan filem Maimon Mutalib, 55, meninggal dunia di rumahnya di Seksyen 17, Shah Alam, Selangor akibat kanser payudara.

Presiden Seniman Malaysia Rozaidi Abd Jamil atau Zed Zaidi mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

"Allahyarham meninggal dunia di rumahnya pada 2.20 petang ini setelah setahun mengidap penyakit itu," katanya.

Maimon yang dilaporkan mengidap kanser tahap keempat tahun lepas, meninggalkan lima orang anak yang berumur antara 16 hingga 32 tahun.

Jenazah beliau akan dikebumikan di kampung halamannya di Tangkak, Johor.

Antara drama dan filem yang pernah dilakonkan Allahyarham ialah Aku Akan Muncul, Budak Pailang, Chantek, CUCI, Al-Hijab, Qabil Khushry Qabil Igam serta Appalam. - Bernama

Sanggup 'beri' anak akibat desakan hidup


Sanggup 'beri' anak akibat desakan hidup 
 Bayi kembar tiga itu kini diletakkan di bawah jagaan pihak berkuasa.

BEIJING - CHINA . Akibat desakan hidup, seorang lelaki dilaporkan sanggup memberikan bayi kembar tiganya berumur 11 bulan kepada pejalan kaki di Dengfeng di wilayah Henan.

Bagaimanapun, bapa kepada lima anak itu ditahan selepas beberapa individu yang prihatin selepas mengesyaki dia mungkin ahli sindiket pemerdagangan kanak-kanak bertindak membuat laporan kepada polis.

Hasil siasatan awal pihak berkuasa mendapati Xu Lin terpaksa berbuat demikian kerana tidak mampu untuk menanggung mereka.

Menurut jurucakap polis, mereka mungkin akan mempertimbangkan kes itu kerana ia tiada unsur jenayah.

Difahamkan, masalah seperti itu berlaku kerana penduduk di luar bandar utama sering melanggar undang-undang satu anak untuk sebuah keluarga yang diamalkan di negara itu, dipetik dari laporan DailyMail.

Remaja berumur 110 tahun?


Remaja berumur 110 tahun?  

 Ali yang dibesarkan dalam kawasan termiskin di India diramal hanya mampu hidup tidak sampai 20 tahun lagi

FIKIRAN dan jiwanya masih seperti seorang remaja lelaki berumur 14 tahun, namun jika dilihat dari sudut fizikal, Ali Hussain sebenarnya sudah melewati usia 110 tahun.

Dipetik laporan MailOnline, Ali yang dibesarkan di wilayah miskin Bihar, India, disahkan menghidapi sejenis sindrom genetik Progeria dan memperlihatkan fizikalnya lapan kali ganda lebih tua berbanding umur sebenar.

Dua abang dan tiga adik beradik perempuan Ali, telah meninggal dunia apabila penyakit genetik yang menjejaskan 80 orang seluruh dunia membunuh mereka.

Progeria adalah sejenis sindrom yang menyebabkan seseorang itu mengalami proses penuaan secara pantas sekali gus memudahkannya dijangkiti artritis, masalah mata, penyakit jantung dan botak.

Jangka hayat pesakit juga amat pendek iaitu antara 14 tahun hingga 20-an.

Bagaimanapun, Ali yang hanya memiliki berat 10 kilogram, tidak berputus asa selepas mengetahui tempoh hayatnya itu, dan berharap ubat yang diambilnya setiap hari dapat memanjangkan usia dan kesihatannya bertambah baik.

"Saya amat berharap dapat hidup dengan lebih lama dan saya sebenarnya tidak takut mati tetapi bimbang sekiranya ia berlaku, ibu bapa saya pasti terseksa kerana lima saudara saya telah pergi kerana penyakit yang sama," katanya.

Progeria akibat perkahwinan sepupu?

Ibu bapa Ali, Nabi Hussain Khan, 50, dan Razia, 46, memiliki pertalian darah iaitu sepupu rapat serta dikahwinkan oleh keluarga masing-masing kira-kira 32 tahun lalu.

Sepanjang perkahwinan, pasangan itu telah berhadapan kesedihan apabila empat anak mereka, Rehana, Iqramul, Gudiya dan Rubina meninggal dunia akibat penyakit genetik itu ketika melewati usia 12 tahun dan 24 tahun.

Anak kelima mereka, juga mengalami nasib yang sama apabila disahkan meninggal dunia hanya dalam tempoh 24 jam selepas dilahirkan dan dipercayai akibat Progeria.

"Rehana yang dilahirkan pada 1983, kelihatan sangat sihat dan normal.

"Kami pun tidak mengesyaki dia mengalami apa-apa penyakit. Tetapi ia mula dikesan ketika Rehana berusia dua tahun.

"Dia tidak dapat makan dan berjalan seperti kanak-kanak normal," kata Nabi.

Dua tahun kemudian, pasangan itu sekali lagi melahirkan anak lelaki iaitu Iqramul dan mengalami penyakit yang sama.

"Doktor gagal mengesan penyakit itu ketika mereka masih bayi dan tiada sebarang ubat yang dapat membantu mereka kerana kami tidak mampu.

"Ketika itu, jika doktor memberitahu anak-anak kami menghidapi Progeria yang disebabkan oleh masalah genetik, tentu sekali kami tidak akan melahirkan anak lagi," kata Nabi.

Dalam 1995, pasangan malang itu mendapat jawapan dan doktor di Kolkata mengesahkan keempat-empat anak mereka menghidapi Progeria selain tiada penawar.

Masalah genetik dalam keluarga Ali

- Nabi dan Razia dikurniakan lapan anak dan enam daripadanya menghidapi Progeria.
- Anak pertama, Rehana, dilahirkan pada 1983 meninggal dunia ketika berumur 24 tahun dalam 2007.
- Anak kedua, Iqramul dilahirkan pada 1987, menemui ajal kerana penyakit sama pada usia 22 tahun dalam 2009.
- Gudiya yang dilahirkan pada 1989, turut meninggal dunia atas sebab sama pada usia 15 tahun dalam 2004.
- Anak keempat, Rubina meninggal dunia pada usia 12 tahun dalam 1992.
- Dua anak perempuan pasangan ini, Sanjeeda, 20 dan Chanda, 10, disahkan sihat.

Menara di London punca kereta Jaguar cair?


Menara di London punca kereta Jaguar cair?  

Cermin sisi kereta Jaguar ini didakwa mencair selepas ditinggalkan di luar Menara Walkie Talkie (gambar kecil) pada minggu lalu.

LONDON - ENGLAND . Sebuah bangunan pencakar langit di London didakwa telah menyebabkan sebuah kereta Jaguar yang diparkir di luar premis terbabit mencair.

Pemiliknya, Martin Lindsay memberitahu cermin sisi dan beberapa panel kereta mewahnya itu mencair selepas sejam ia ditinggalkan berhampiran menara Walkie Talkie yang masih lagi dalam pembinaan.

Dalam satu kenyataan, pemaju bangunan setinggi 37 tingkat itu memaklumkan mereka kini sedang berusaha untuk menangani masalah tersebut kerana ia dipercayai berpunca daripada kedudukan matahari yang berubah pada waktu tertentu.

"Perkara ini mungkin akan berterusan selama dua hingga tiga minggu lagi," jelas jurucakap Land Securities and Canary Wharf menerusi Reuters.

Susulan daripada insiden terbabit, tiga kawasan parkir kenderaan telah ditutup majlis perbandaran.

Difahamkan, pemaju terbabit juga telah memohon maaf kepada Lindsay dan bersetuju untuk membayar ganti rugi berjumlah 946 pound (RM5,000) kepada beliau.

Durian Malaysia gemparkan Sydney


Durian


MELBOURNE - AUSTRALIA. Petugas keselamatan dan kecemasan bangunan di Sydney menjadi gempar berikutan ketibaan durian di Harbour City kerana menyangka
tempat itu mengalami kebocoran saluran gas apabila terhidu bau yang pelik.
  
Mujurlah petugas pertanian Malaysia berjaya meyakinkan mereka bahawa bau yang mereka terhidu itu sebenarnya adalah bau durian, bukan gas.
  
Pengarah pertanian di Konsulat Malaysia Muhammad Rudy Khairudin Mohd Nor berkata 'bau gas' yang mereka terhidu itu berlaku apabila petugas pertanian Malaysia membuka 10 pek durian 'Musang King' dan 'D24' pada 2 petang untuk urusan ujian makmal di pejabat CBD mereka di Sydney.
  
"Bau durian yang kuat itu memasuki sistem pengalih udara dan merebak ke pejabat lain yang terletak di sebelah pejabat kami di tingkat 15 Bangunan Market St.
  
"Petugas di pejabat bersebelahan, semuanya orang kulit putih, menjadi gempar kerana menyangka berlaku kebocoran saluran gas...mereka menghubungi unit kecemasan. Dalam hanya beberapa minit, semua penghuni di tingkat itu dipindahkan," katanya.

Muhammad Rudy berkata petugas keselamatan dan kecemasan bergegas ke tingkat 15 untuk menyiasat dan setelah agak berputus asa, mereka menghubungi pihak konsulat untuk mendapatkan jawapannya.
  
"Kami menjelaskan bahawa bau itu sebenarnya bau durian. Para pegawai berkenaan terperanjat dan hairan kerana baunya seperti gas. Bagaimanapun, mereka yakin dengan penjelasan yang diberi setelah kami tunjukkan kepada mereka buah berkenaan dan baunya," kata beliau.
  
Muhammad Rudy berkata tiga pegawai teknikal Australia kemudian terhidu bau yang sama tiga jam kemudian: "Mereka membuat pemeriksaan di seluruh pejabat untuk memastikan ia bukan berpunca daripada kebocoran saluran gas."
  
Untuk mengelak lebih banyak salah faham, pihak konsulat memindahkan durian berkenaan dan urusan ujian makmal ke Malaysia Hall Australia.
  
"Tiada siapa yang bersungut. Malah, baunya disukai para pelajar Malaysia...yang mungkin begitu rindu dengan bau itu sejak sekian lama. Pernahkah sesiapa menyangka mengeksport durian ke Australia merupakan urusan yang begitu mencabar?," katanya.
  
Sementara itu, lepasan sekolah La Salle Malaysia di Melbourne merancang untuk menganjurkan Pesta Durian Lasallian November ini, mungkin di kawasan pembangunan eksklusif SP Setia di St Kilda Road.
  
Walaupun durian amat popular di Sydney, namun buah istimewa ini belum mendapat perhatian di Melbourne, yang mempunyai 70,000 rakyat Malaysia selain 9,000 pelajar. - Bernama

Pirana gemar kemaluan lelaki


Pirana Pacu    

Pirana Pacu mempunyai struktur gigi menyamai manusia.

MUZIUM Sejarah Denmark memberi amaran kepada orang ramai supaya mengenakan pakaian mandi ketika berada di Perairan Nordic bagi mengelakkan menjadi mangsa serangan ikan pirana yang tiba-tiba muncul di kawasan perairan tersebut sejak minggu lalu.

Ikan Pirana spesies Pacu itu dikatakan hanya menyerang mangsa di bahagian kemaluan terutama golongan lelaki.

Menurut pengkaji muzium, spesies ikan itu banyak ditemui di kawasan Oresund Sound, di luar pantai selatan Sweden.

“Ramai mangsa ditemui mengalami kecederaan serius di bahagian kemaluan selepas digigit ikan berkenaan berbanding anggota badan lain,” katanya.

Menurut Daily online, beliau berkata, ikan itu mempunyai saiz gigi mendatar sama seperti gigi manusia yang mempunyai elemen menggigit dan mengunyah.

“Kebanyakan ikan itu bersaiz 21 sentimeter (sm) panjang.

Minggu lalu, dua nelayan maut selepas digigit ikan berkenaan. Selepas bedah siasat, kami mendapati kemaluan mangsa cedera digigit ikan tersebut,” katanya.

Menurut kajian, ikan tersebut boleh mencecah saiz 90sm panjang dan berat sehingga 25 kilogram.

Thursday, August 29, 2013

Baru kenal sudah ajak ke bilik



khalwat  
Pegawai penguat kuasa memeriksa pasangan berkenaan yang ditahan berada dalam keadaan mencurigakan.

BATU PAHAT – Niat pasangan kekasih untuk memadu asmara tidak kesampaian selepas ditahan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) dalam serbuan di sebuah rumah tumpangan dekat sini, semalam.

Dalam serbuan jam 2 pagi itu, pasangan berusia 25 dan 22 tahun terbabit ditahan selepas pemeriksaan mendapati mereka tidak mempunyai ikatan perkahwinan.

Timbalan Ketua Penguat Kuasa Jaij Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pasangan terbabit mengambil masa kira-kira 15 minit untuk membuka pintu dipercayai memikirkan cara bagi mengelak ditahan.

“Selepas pintu dibuka, hasil soal siasat mendapati mereka bukan mahram dan mengaku telah melakukan perbuatan yang salah.

“Pasangan terbabit berasal dari daerah ini dan mengaku baru sahaja berkenalan tidak sampai sebulan serta dalam proses mengenali antara satu sama lain,” katanya.

Menurutnya, pasangan terbabit di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk proses selanjutnya sebelum mereka dituntut oleh waris masing-masing.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 27 (1) (a) (b) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Johor 1997.

“Operasi yang dilakukan ini bertujuan membendung kegiatan sumbang yang kian menular dalam kalangan anak-anak muda yang semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini.

“Operasi seperti ini akan dilakukan lebih kerap lagi, dengan tertumpu pada aduan orang ramai, hotel bajet dan kawasan yang berpotensi untuk kelakuan seperti ini,” katanya.

Jutawan blogger bapa ayam ditahan


BEIJING - CHINA. Pihak berkuasa China menahan seorang jutawan blogger berketurunan China-Amerika yang didakwa melibatkan diri dengan aktiviti pelacuran di Beijing, kelmarin.

Charles Xue, yang mempunyai 12 juta pengikut di laman blognya, Venture capitalis Xue, ditahan susulan peningkatan kawalan pengguna laman web sejak minggu lalu.

"Beliau didakwa melibatkan diri dengan aktiviti perniagaan pelacur," kata polis. - AFP

Dimalukan angkara mencuri


HUBEI - CHINA. Seorang lelaki digantung selama lima jam di tepi jalan raya  akibat mencuri di sebuah apartmen di Wuhan, wilayah Hubei, China, kelmarin.

Menurut pegawai,  suspek, 34 tahun ditahan ketika cuba memanjat keluar dari tembok bangunan itu.

Foto menunjukkan, kedua-dua tangan dan lehernya diikat pada tembok setinggi enam meter bersama barangan yang dicuri.

Lapor media tempatan, antara barangan yang dicuri adalah iPad, dua utas jam tangan, dua buah telefon bimbit dan sebuah komputer riba. - MailOnline

Curi gerudi, bapa tembak anak


NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Seorang bapa nekad menembak anak lelakinya kerana ditangkap mencuri di salah sebuah kedai keperluan dan peralatan rumah, semalam.

Remaja berusia 17 tahun itu mengalami luka di bahagian perut selepas ditembak.
 
Laporan news.com.au yang dipetik berkata, remaja berkenaan, Quasaun Smalls telah mencuri satu mata gerudi dari Home Depot di Long Island City.
 
Menurut laporan, kejadian bermula apabila bapa mangsa, Robert Smalls, 39, menjadi berang apabila mengetahui anaknya dilepaskan oleh pihak polis dan hanya menerima "desk apperance ticket" iaitu notis peringatan bertulis untuk hadir ke mahkamah tempatan atas kesalahan yang dilakukan.
 
Sedangkan, bapa mangsa mahu anaknya 'menginap' semalaman di dalam penjara sebagai pengajaran.
 
Dek kerana tidak berpuas hati, ketika mangsa kembali ke rumah keesokkan harinya, berlaku pertengkaran antara kedua beranak itu.
 
Pertengkaran itu berakhir apabila si bapa yang juga bertugas sebagai seorang warden penjara mengeluarkan pistol 9mm miliknya lalu menembak anaknya.
 
Menurut laporan itu juga, jiran turun mengakui mendengar suara teriakan yang diikuti dengan bunyi tembakan.
 
Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital dan bagaimanapun, mangsa dilaporkan stabil dan akan pulih segera.
 
Sementara itu, bapa mangsa terus menghubungi pihak polis sebaik menembak anaknya dan ditahan untuk tindakan selanjutnya.
 
Bapa mangsa didakwa kerana menyerang dan memiliki senjata api.

Mata kanak-kanak kena korek


Mata kanak-kanak kena korek  
Mangsa dipercayai diberi dadah dan berada dalam keadaan tidak sedar ketika matanya dikorek.

BEIJING - CHINA - Seorang kanak-kanak berumur enam tahun di wilayah utara Shanxi berpotensi cacat penglihatan seumur hidup akibat perbuatan kejam individu tidak berperikemanusiaan.
Isnin lalu, media melaporkan Guo ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan matanya turut dikorek selepas dilaporkan hilang ketika sedang bermain di luar kawasan rumahnya.
Menurut laporan AFP, sebelum ini, beberapa pihak membuat spekulasi bahawa mangsa mungkin diserang ahli sindiket penjualan organ selepas kornea matanya dilaporkan hilang.
Bagaimanapun, pihak berkuasa memberitahu bahawa kornea tersebut telah ditemui, namun mereka belum memberi sebarang butiran lanjut berhubung perkara itu.
"Siasatan masih dilakukan untuk mengetahui motif sebenar perbuatan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan ke atas mangsa," kata jurucakap polis Fenxi.
Difahamkan, polis turut menawarkan ganjaran 100,000 yuan (RM54,000) kepada pemberi maklumat yang membawa kepada penahanan suspek dipercayai seorang wanita.
Menurut bapa saudara Guo, doktor merancang menggunakan implan mata ke atas anak saudaranya selepas mangsa sembuh.