Wednesday, July 15, 2009

Permainan Plant VS Zombie (Full Version)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kali ini aku akan memperkenalkan satu games/permainan yang menarik kepada anda semua.

Sekumpulan zombie baru saja hendak menceroboh rumah anda, dan anda perlu mempertahankan rumah anda dari diserang zombie. Gunakan tumbuh-tumbuhan di rumah anda untuk mempertahankan anda dari dijadikan mangsa zombie kejam ini. Anda perlu mempertahankan rumah anda dari 26 jenis zombie ini dan permainan ini memerlukan kepantasan anda untuk berfikir dan menggunakan bekalan tumbuh-tumbuhan anda untuk menentang zombie ini. Permainan/games ini mempunyai 50 peringkat dalam mode advanture iaitu seperti hari siang, malam dan berkabus, atas bumbung dan kolam renang.

Permainan dari syarikat games PopCap ini amat sesuai bagi bagi PC atau laptop yang menggunakan keperluan sistem yang rendah sahaja dan sesuai kepada semua peringkat umur. Permainan ini juga merupakan permainan yang paling laris di antara permainan-permainan yang dikeluarkan oleh PopCap sebelum ini.

Anda mempunyai 5 lorong untuk anda menanam tumbuh-tumbuhan anda. Tumbuhan yang wajib anda pilih adalah bunga matahari. Ini kerana bunga matahari ini akan mengeluarkan point kepada anda untuk membeli tumbuh-tumbuhan yang lain. Anda memerlukan strategi yang baik untuk anda memilih tumbuh-tumbuhan yang mampu dijadikan senjata untuk menghapuskan zombie ini.Semakin lama anda bermain permainan ini, semakin banyak coin yang akan anda kumpulkan dan anda boleh memilih untuk unlock tumbuh-tumbuhan yang lebih baik dari yang diberikan.Jenis-jenis senjata yang basic untuk digunakan adalah seperti Peashooter, Cherry Bomb, Potato Mine, Snow Pea, Champer, Repeater, Squash, Jalapeno dan lain-lain lagi.

Penilaian saya terhadap games/permainan ini adalah 9/10. Menarik dan memerlukan daya pemikiran yang cepat di samping strategi yang tepat untuk menentang zombie-zombie ini.

Marilah kita sama-sama menentang zombie dan menghapuskannya.

Anda boleh download permainan/games ini pada hyperlink di bawah.
http://rapidshare.com/files/255957830/Plants_vs._Zombies.rar

p/s: Anda boleh terus main games/permainan ini. Tidak perlu anda install.



No comments:

Post a Comment

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Shafee Live