Sunday, July 19, 2009

Blog Perkongsian Ilmu (Crack Kaspersky)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Minta maaf. Lama aku tak update blog ni. Sibuk dengan praktikum dan persekolahan. Aku baru sahaja update blog ni dengan masukkan statistik pengunjung. Mudah untuk aku mengetahui jumlah pengunjung blog aku ni. Sebenarnya aku pun masih baru dalam dunia blog ni. Ada rakan-rakan bertanya kenapa aku masukkan crack untuk kaspersky 7.0 dan 8.0 (2009) dalam blog aku ni. Aku pun kata blog aku ni adalah blog perkongsian ilmu. Jadi tak salah aku berkongsi ilmu ini kepada semua. Alhamdulillah, mengikut statistik dari rapidshare, jumlah yang memuat turun kaspersky crack untuk 7.0 begitu ramai mencecah 30 orang lebih. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dan mendownload dari blog ini.

Tujuan aku untuk berkongsi ilmu ini juga telah disalahtafsir oleh segelintir pengunjung. Dalam usaha mereka untuk menarik perhatian orang lain, mereka memperlekehkan apa yang aku cuba kongsi bersama pengguna. Memang aku tak nafikan pasal license key original kaspersky lebih baik dari crack yang aku terbitkan dalam blog ni. Tetapi tema blog ini adalah "Blog Perkongsian Ilmu". Jadi tak salah bagi aku untuk berkongsi ilmu kepada pengunjung yang berminat sama ada tidak mampu membeli license key yang original atau yang tak mahu beli license key yang original. Walaupun sekadar crack, namun crack ini mampu untuk menafikan kaspersky dari menjadikan license key anda blacklist dan anda tetap boleh update data antivirus Kaspersky anda. Jadi biarlah pengguna sendiri yang memilih mahu menggunakan apa yang mereka mahu. Aku pun bukan ambil pusing sangat pun dengan segelintir orang macam ni. Bukan aku guna duit dia pun. Tapi takpa. Dunia ni sentiasa berputar. Ari ni aku kena, esok lusa diorang plak yang kena. Lagipun...kalau crack untuk kaspersky 7.0 ini memalukan dan ketinggalan zaman, kenapa lebih 53 orang sudah mendownload crack ini dari blog ini? Masih terdapat crack untuk KAV/KIS 2009 dan KAV/KIS 2010 untuk pengguna blog ini mencubanya. Pilihlah yang mana bersesuaian dengan anda.

Sesuai dengan tema blog ini "Blog Perkongsian Ilmu", aku ingin mempelawa kepada pengunjung untuk menyumbangkan artikel-artikel sekiranya ada.Tidak kisah selain dari dunia it atau sebagainya. Janji kita dapat berkongsi ilmu.

Setakat ini sahaja untuk kali ini, sekian terima kasih.

P/s: Versi berapa pun yang kita gunakan, janji dapat protect PC/Laptop kita, itu dah memadai buat kita.

1 comment: