Zhejiang: Seorang lelaki di Hangzhou, wilayah Zhejiang di timur
China, menghantar mesej pesanan ringkas (SMS) kepada polis, memaklumkan
niatnya menderma anggota tubuh dan organnya untuk tujuan saintifik
sebelum membunuh diri.
Kejadian berlaku pada Rabu lalu, umum polis.
Kejadian berlaku pada Rabu lalu, umum polis.
“Saya membuat keputusan menderma anggota badan saya untuk kebajikan.
“Apabila anda terima mesej ini, saya sudah mati. Maaf mengganggu,” kata lelaki itu.
Mesej itu diterima pada jam 4.21 pagi Isnin lalu.
Mayat tergantung
Lelaki itu kemudian ditemui tergantung di luar rumah sewanya di daerah Yuhang, kata polis.
Satu kerusi roda ada dekat mayatnya. Tongkat dan dua nota memberitahu niatnya juga ada.
Polis memotong tali dan memberi bantuan perubatan tetapi doktor mengesahkan lelaki itu diberi nama Wang, mati di tempat kejadian.
Dia mengalami kesusahan kerana ada masalah otot dan baru menyambut hari jadi ke-30.
Polis percaya, Wang sudah putus asa kerana masalah hidup tetapi mahu memberi sumbangan terakhir kepada masyarakat.
“Niat utama saya ialah menderma semua organ dan badan kepada badan kebajikan,” kata Wang.
XINHUA
No comments:
Post a Comment