Wednesday, August 14, 2013

Luar Biasa!! Haiwan Seperti Makhluk Asing Di Jumpai!!

NEW YORK – Seekor haiwan ganjil yang disangka sebagai makhluk asing oleh para pengguna internet selepas ia disiarkan di laman Reddit sebenarnya ialah spesies haiwan seperti belut.



Menurut laman GrindTV.com, seorang jurucakap Jabatan Pemuliharaan Alam Sekitar New York menyatakan, berdasarkan saiz pada gambar di laman itu, haiwan tersebut ialah lamprei.


Imej itu juga disiarkan di laman YouTube semalam yang dtangkap di New Jersey. Menurut jabatan berkenaan, lamprei juga tidak mempunyai tulang dan mulutnya dipenuhi dengan barisan gigi yang jarang.

Gambar tersebut menunjukkan haiwan itu ditusuk dan darah keluar daripada badannya. – Agensi

10 makanan penyumbang kalori terbanyak

Kita semua tahu bahawa cara terbaik untuk menurunkan berat badan adalah dengan membakarnya. Ini bermakna cuma ada dua cara sahaja untuk mencapai berat badan yang ideal samada makan dalam kuantiti sedikit atau bersenam.

Jika anda memilih untuk mengurangkan kalori, anda perlu mengetahui makanan apa yang tinggi kandungan kalorinya.

Makanan yang kami senaraikan di bawah merupakan penyumbang kalori terbesar. Kami nasihatkan anda supaya kurangkan pengambilan makanan ini ya.

Mi kari
Kombinasi antara mi dan kari bersantan memang menyelerakan, namun tahukah anda sebanyak 500 kalori terkandung dalam hidangan ini? Jika anda teringinkan hidangan mi berunsurkan kuah, gantikan dengan mi sup yang rendah kalori berbanding mi kari.

Susu pekat manis
Elakkan menggunakan susu penuh krim setiap hari. Walaupun ia penuh dengan khasiat kalsium, namun kandungan gulanya amat tinggi. Untuk maklumat, satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi kira-kira 60 kalori.

Burger
Burger semestinya makanan yang kita cari jika lapar di waktu malam. Perlu anda ketahui bahawa satu hidangan burger biasa mengandungi 475 kalori . Ini tidak termasuk keju, sos dan mayonis.

Nasi Goreng
Biasanya, nasi goreng mengandungi kira – kira 630 kalori ini kerana nasinya digoreng, bersama bahan – bahan lain. Boleh di makan, tetapi bukan selalu ya.

Mayonis
Pengambilan mayonis wajar di kurangkan. Ini kerana mayonis tinggi dengan kandungan lemak. Jika inginkan mayonis, sentiasa memilih mayonis rendah lemak.

Nasi lemak
Dahulu, nasi lemak hanya di makan pada waktu pagi. Kini hidangan nombor satu Malaysia ini boleh di dapati pada waktu petang dan malam kerana telah banyak kafe dan restoran yang menyediakan hidangan ini. Kandungan lemak dalam nasi itu mampu menjuruskan anda kepada obesity jika makan dalam kadar berlebihan. Sepinggan nasi lemak mengandungi kira – kira 450 – 600 kalori.

Roti canai
Senang dan cepat. Untuk maklumat anda, satu keping roti canai mengandungi 300 kalori. Jika anda makan dua keping, jumlah berganda.

Aiskrim
Perlu ingat bahawa aiskrim tinggi kadar lemak dan gula. Dua scoop aiskrim mengandungi 380 kalori.

Donat
Jangan salah faham donat tidak menggemukkan. Donat mengandungi gula dan kabohidrat yang tinggi. Jika anda teringin, satu keping memadai.

sumber :  http://www.tupai.com.my/

BILAL BIN RABAH MUAZIN KESAYANGAN RASULULLAH S.A.W



Bilal bin Rabah, sahabat nabi yang berkulit hitam, adalah muazin pertama dalam Islam dan juga bekas hamba abdi yang dilantik oleh Rasulullah S.A.W untuk melaungkan azan lima kali setiap hari. Sehinggakan apabila tibanya waktu solat, golongan malaikat begitu ternanti-nanti laungan azan dari Bilal.
Terdapat satu kisah, saorang sahabat meminta keizinan dari Nabi Muhammad S.A.W untuk melaungkan.
Namun, Rasulullah S.A.W agak keberatan untuk membenarkannya. Selepas puas memujuk Rasulullah membenarkannya untuk melaungkan azan Subuh.

Sewaktu ingin menunaikan Solat Zohor, “penduduk langit”  iaitu malaikat turun untuk bertemu Baginda S.A.W dan bertanya kepadanya’  Wahai Rasulullah, adakah kamu tidak solat Subuh pagi tadi??”.
Baginda menjawab,
“Sudah tentunya aku Solat Subuh pagi tadi.”
Malaikat berkata lagi, “tetapi mengapa kami tidak mendengar azan dilaungkan Subuh tadi??”
Baginda terus berkata,
“Bukan Bilal Bin Rabah yang melaungkan azan Subuh pagi tadi tapi sahabatku yang lain.”
Rasa berat hati Rasulullah S.A.W benar-benar ada sebabnya. Baginda S.A.W merasakan hati sahabat tersebut mempunyai masalah menyebabkan laungan azan yang cukup merdu didengar Subuh tadi, dengan penuh tajwid, harakat dan tarannumnya serta penampilannya yang hebatdari segi pakaian, rupa parasnya yang tampan beserta wangiannya yang mahal tidak mampu didengar oleh penghuni langit.

Adapun Bilal Bin Rabah yang kulitnya hitam legam, pakaian yang amat sederhana dan suara tidak semerdu sahabat tadi, azan yang dilaungkannya dapat didengar oleh penghuni langit. Itulah tanda keikhlasan Bilal Bin Rabah.

Selepas kewafatan Rasulullah S.A.W, Bilal tidak dapat melaungkan azan lagi kerana hatinya akan menjadi begitu sebak dan air matanya terus mengalir. Kasih sayang Bilal kepada Rasulullah S.A.W begitu tinggi dan melebihi kasih sayangnya terhadap manusia lain.

Penolakan Bilal Bin Rabah menjadi muazin selepas kewafatan Rasulullah S.A.W bukanlah disebabkan ketiadaan Rasulullah, tetapi kerana Bilal tidak mampu melaungkannya lagi disebabkan perasaan hibanya tatkala menyebut nama ‘Muhammad Rasulullah’. Menariknya, laungan azan oleh Bilal pernah menyebabkan tentera Islam berjaya menawan Kota Baitulmaqdis.


Sumber: www.iLuvislam.com

Tuesday, August 13, 2013

Wanita Yang Pelik...

 

 




 




Sebab Kenapa Jepun Unik

Unique, cross-bred fruit
Semua akan makan KFC untuk makan malam hari Krismas. Mungkin tidak semuanya tetapi kebanyakannya.
Berjalan-jalan di antara jalan yang selamat di dunia dimana anda dapat berjalan pada tengah malam tanpa perlu risau.
Duit syiling negara Jepun. Terdapat lubang di tengah-tengah duit syiling 5 dan 50 yen
Hotel kapsul
Bilik air/tandas elektronik
Butang untuk perkhidmatan di restoran-restoran
Tempat parking kereta (garaj) Multistory robot
Tempat duduk tandas yang panas (Heated toilet seats)
Love hotels dimana-mana
Mesin vending untuk makanan dan minuman
Beg Bertuah yang dijual pada Tahun Baru
Tiket yang mahal untuk menonton wayang
Hotel paling kecil didunia
Pachinko dimana-mana sahaja

Keadaan Awan Yang Kita Tidak Pernah Lihat...Subhanallah...














Lenticular Cloud in Palm Springs April 2008
Eruption of Sarychev Volcano in the Kuril Islands, northeast of Japan on June 12 2009 shows an interesting example of a pileus cloud.


Rumah Terkecil Di Dunia


 Rumah TumbleweedSejak tahun 1997, Jay Shafer dari Syarikat Tumbleweed Tiny House telah tinggal di rumah yang lebih kecil daripada kebanyakan orang. Walaupun kecil, reka bentuk rumah kabin ini terdapat ruang kerja, bilik tidur, bilik mandi (dengan tandas dan pub mandi) dan ruang tamu. Reka bentuk termasuk anjung juga dibuat supaya pemilik rumah boleh duduk dan menikmati ruang terbuka.



Micro Compact Home
 Ukurannya hanya 266 sentimeter persegi, Micro Compact Homes mempunyai ruang untuk dua katil double, bilik mandi, lobi, ruang makan untuk 4-5 orang, dapur dan teknologi hiburan terkemuka. Ia cukup untuk membuat anda mahu kekal di dalamnya.

 
 Toronto's Little House
 Terletak di antara rumah-rumah bersaiz biasa, rumah ini tidaklah yang paling kecil di dunia, tetapi ia mungkin yang paling kecil di Toronto, Kanada. Mempunyai 312 kaki persegi ruang, Little House telah menarik ramai pembeli di pasaran baru-baru ini. Selebriti Ellen DeGeneres telah melahirkan rasa minat untuk memiliki rumah kecil seperti ini pada masa akan datang.


 
Rollit HomesPelajar di Universiti Karlsruhe di Jerman mereka rumah-rumah modul bergaya, yang dibina untuk menggabungkan pelbagai kegunaan di dalam satu ruang tamu yang kecil. Fungsi rumah seperti roda tikus ini; pemilik rumah boleh mengubah struktur rumah dengan berjalan di tengah-tengah dan memutarkannya. Dengan kelebihan dapat melakukan senaman harian, unit ini juga boleh menempatkan katil, kerusi ruang tamu, meja, pancuran air, tandas, atau sinki dapur - semua dalam ruang yang sama!

 
Eco Bike Trailer
Paul Elkins pereka basikal trailer ini bertujuan untuk mendapatkan tempat tinggal dan menyertai sekitar Burning Man Festival . Terdapat hanya satu ruang sahaja dan jika anda mahu menggunakan tandas anda perlu keluar kerana tidak terdapat tandas pada rumah ini, tetapi ia terdapat kipas angin dan dilengkapi dengan kuasa sistem solar dan sistem pemanas. 


 
 Smallest House in Great Britain
 Juga dikenali sebagai Quay House, Rumah Terkecil di Britain ini adalah salah satu tarikan pelancong di Conwy, Wales. Berukuran hanya 10 kaki dan lebarnya 6 kaki, ia tetap menjadi tarikan bagi penghuninya . Sehingga tahun 1900, rumah ini pernah diduduki oleh seorang nelayan yang tingginya 6 kaki 3 inci. Adalah sukar untuk percaya ada ruang untuk dapur, air paip, kabinet belakang dan katil.

 

 Twelve Cubed Mini Home
 Menurut Twelve pereka Cubed, rumah kecil ini mempunyai mesin basuh pinggan mangkuk, microwave dan oven, bilik mandi, almari, dan cahaya semulajadi. Reka bentuk model rumah ini adalah untuk membolehkan lebih ramai orang untuk hidup dan memiliki rumah, reka bentuk yang cantik serta memenuhi keperluan penghuni.

 
 Nano House
 Direka bagi membantu menyelesaikan pemilikan rumah di dunia, rumah ini hanya berukuran 25 meter persegi. Nano Sistem rumah Hidup juga dilengkapi dengan sistem solar untuk penjimatan tenaga. Keadaan ruang dan bilik yang boleh ditukar membuatkan rumah ini lebih menarik.