Sunday, October 18, 2009

Bagaimana Untuk Sembunyikan File (Hidden File)

Bagaimana Untuk Sembunyikan File (Hidden File)

Teknik ini digunakan untuk melindungi file @ folder dari dilihat atau dicerobohi oleh pengguna-pengguna lain. Untuk tujuan ini, kita perlu lakukan:-

1. Pilih file atau folder yang anda ingin hidden tersebut dan klik kanan pada mouse anda dan pilih properties

2. Pada bahagian General, di dalam bahagian Attributes, klik pada kotak di sebelah kiri Hidden

3. Klik pada apply. (Jika anda ingin hidden atau sembunyikan folder, akan keluar paparan “Comfirm Attribute Changes”. Jika anda ingin sembunyi atau hidden folder itu sahaja, klik pada “apply changes to this folder only” dan jika anda ingin sembunyikan folder, subfolder dan file di dalam folder tersebut klik apa ““apply changes to this folder, subfolder and files”. Klik OK). Jika anda ingin hidden @ sembunyikan file sahaja, abaikan dalam kurungan ini.

4. Klik pada OK untuk mengesahkan anda ingin hidden file tersebut.

5. File tersebut akan hilang @ hidden @ sembunyi setelah anda selesai lakukan perkara ini. Sekian, terima kasih.

Bagaimana Untuk Anda Menghilangkan/Melihat Paparan Hidden File @ File Yang Disembunyikan?

1. Untuk tidak memeningkan kepala anda mencari kembali file yang anda hidden, klik pada My Computer, pada bahagian atas, klik pada tools dan klik pada Folder Options

2. Pada paparan Folder Options, Klik pada View

3. Pada bahagian ini, jika anda ingin hilangkan file@folder tersebut pada bahagian Hidden Files and Folders, klik pada Do not show hidden files and folders. Jika anda ingin melihat file yang anda sembuyikan tadi semula, anda perlu klik pada Show hidden files and folders. Klik Apply dan OK.

P/s: Jika komputer anda mempunyai virus “Brontoks”, virus ini akan menghilangkan Folder Options pada bahagian Tools. Periksa dahulu sebelum anda melakukannya. Jika anda mempunyai masalah untuk mencari file yang anda sembunyikan, klik pada start dan klik pada search. Pada bahagian ini, akan ada bahagian di mana anda boleh mencari hidden file anda apabila anda klik pada bahagian kiri “More Advanced Options” dan dibawahnya anda klik pada ‘search hidden files and folders’.

No comments:

Post a Comment

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Shafee Live