Friday, September 18, 2009

Menghilangkan Language Bar

Lama rasanya saya tak membuat artikel-artikel selain sibuk dengan projek-projek semasa praktikum di STAR. Pada kali ini saya akan memberikan tip untuk menghilangkan language bar pada desktop anda. Tujuan asal languange bar ini dihilangkan adalah kerana untuk mencepatkan proses semasa PC anda baru dibuka atau baru on. Jadi tak payah la anda tertunggu-tunggu begitu lama sebelum anda boleh menggunakan windows XP anda. Langkah paling senang adalah anda perlu klik kanan pada butang toolbar anda. Pastikan anda disable tanda right pada semua toolbar anda. Cth pada gambar adalah klik pada nero search untuk hilangkan tanda 'right' pada nero search. Kalau lebih dari 1 tanda right, anda dinasihatkan untuk menghilangkan semua tanda itu.
1. Klik pada start, kemudian anda klik pada run.
2. taip "Regsvr32.exe /u msutb.dll" dan tekan butang enter
3. Language Bar itu akan hilang dan tidak akan mengganggu anda lagi.

Jika anda ingin language bar anda kembali ada semula, ikuti langkah 1 dan taip
"regsvr32 msutb.dll" dan tekan butang enter.

No comments:

Post a Comment

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Shafee Live