Monday, August 12, 2013

Chong Wei gagal rangkul gelaran dunia



GUANGZHOU: Datuk Lee Chong Wei gagal dalam misinya mendakap kejuaraan sulung di Kejohanan Badminton Dunia 2013 apabila menarik diri pada set ketiga perlawanan akhir di Gimnasium Tianhe, di sini hari ini.
Jaguh badminton negara itu menarik diri ketika beliau ketinggalan 17-20 pada set penentuan tersebut kepada juara bertahan, Lin Dan dari China.
Pada set pertama, Chong Wei menang 21-16 namun tumpas di set kedua 13-21.

Kekecewaan itu adalah yang kedua berturut-turut bagi Chong Wei, yang juga pemain nombor satu dunia, selepas tumpas kepada pemain China itu di Arena Wembley, London dua tahun lepas.- BERNAMA

Sambutan Aidilfitri Menurut Perspektif Islam

Sambutan Aidilfitri dimulai dengan takbir pada malam 1 Syawal. Takbir adalah satu sunnah berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “...supaya kamu membesarkan Allah (bertakbir) kerana mendapat nikmat petunjuk-Nya...” (Surah Al-Hajj, ayat 37)

Pada malam Hari Raya, kita disuruh bertakbir bagi memuji, mengagungkan dan bersyukur ke hadrat Allah kerana telah mengekalkan kita di atas jalan petunjuknya, berada di dalam nikmat iman dan berjaya melaksanakan perintah puasa. Lafaz takbir mengandungi pengertian yang sangat penting dalam menyucikan hati daripada sifat keji, terutama syirik, bongkak dan sombong. Umat Islam disunatkan terus bertakbir bermula selepas Maghrib menjelang malam hari raya pertama hingga imam selesai membaca khutbah selepas solat sunat hari raya keesokannya.

Dalam ertikata sebenarnya, Aidilfitri merupakan hari meraikan kejayaan bagi orang-orang yang telah melaksanakan ibadah yang dituntut di bulan Ramadan iaitu ibadah puasa. Mereka berhak bergembira menyambut Aidilfitri. Rasulullah (saw) bersabda:

"Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan, gembira ketika hari berbuka (Aidilfitri) dan gembira ketika bertemu Tuhanmu ".

Pastinya, cara umat Islam menyambut kegembiraan dan kejayaan ini berbeza dari cara orang-orang bukan Islam menyambut perayaan mereka. Umat Islam ada adab sopan dan peraturan yang perlu dipatuhi sebagaimana kita menjalani hari-hari yang lain. Bagi umat Islam, mereka dianugerahkan oleh Allah dua hari raya, iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.

Anas menceritakan: “ Ketika Rasulullah saw berhijrah ke Madinah, ada dua hari raya yang disambut meriah oleh penduduknya. Maka Baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik daripada itu, iaitu Aidiladha dan Aidilfitri .” (Hadis riwayat Abu Daud dan An-Nasa'i)

Jelas di sini, Aidilfitri bagi umat Islam bukan sekadar satu perayaan, adat atau budaya.
Ia juga bukanlah hari yang direka-reka oleh manusia. Ia merupakan anugerah Allah sebagai tanda kasih dan rahmat-Nya kepada semua hamba-Nya yang taat serta ikhlas menjalankan ibadat puasa di bulan Ramadan.

Dalam kita menyambut 1 Syawal, sayugialah umat Islam semuanya mensyukuri nikmat Allah dengan mengamalkan sikap bersederhana dalam sambutan Aidilfitri. Kita juga dilarang membazir dalam membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya. Bagaimanapun, kita disuruh memakai pakaian yang paling baru di Hari Raya terutama ketika pergi ke masjid. “Paling baru” tentulah tidak semestinya bermaksud yang baru dibeli setiap tahun. Jika ada yang lama tetapi masih cantik dan sempurna digunakan tentulah sudah memadai.

Dalam menghias rumah dan menyediakan makanan juga, umat Islam dituntut agar tidak berlebih-lebihan, apatah lagi jika ada saudara-saudara kita yang menyambut Hari Raya dalam keadaan serba kekurangan.

Firman Allah bermaksud: "Janganlah kamu membazir. Sesungguhnya orang-orang yang membazir adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu kufur terhadap Tuhannya". – (Al-Israa': 26-27)

Perkara terpenting dalam menghidupkan syiar Aidilfitri ini ialah kunjung-mengunjung, ziarah-menziarahi dan mempereratkan silaturrahim sesama ahli keluarga, sanak saudara, jiran-tetangga dan juga sahabat handai.

Firman Allah bermaksud: "Takutilah Allah Subhanahu wa Taala yang kami memohon kepadaNya dan hubungkanlah silaturrahim.”
– (Surah An-Nisa': 1)

Kesimpulannya, sambutlah Syawal dalam keadaan kita seperti di sepanjang Ramadan, tunduk bertakwa dalam suasana beribadat kepada Allah. Hiasilah siang dan malam Aidilfitri dengan tahlil, tahmid dan takbir. Mudah-mudahan kehidupan kita sentiasa dalam keberkatan dan perlindungan Allah Subhanahu Wata'ala. Amin

kredit : http://ustaznaim.blogspot.com

KERANA ANJING- MASUK SYURGA... KERANA KUCING-MASUK NERAKA

Kerana seekor anjing, pelacur masuk syurga & kerana seekor kucing, wanita masuk neraka.

Masih ingatkah anda kepada kisah seorang pelacur di zaman Rasulullah S.A.W?

Sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiallahu 'anh bahawa baginda bersabda:

''Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu. "
[Shahih al-Bukhari – no:3467]

Berdasarkan hadis tersebut bayangkan betapa besarnya ganjaran daripada Allah S.W.T. terhadap orang-orang yang menjaga kebajikan haiwan. Tetapi, ingatlah Allah S.W.T. sangat murka kepada mereka yang menganiya haiwan. Ini berdasarkan dari sebuah hadis yang lain,

Rasulullah S.A.W. bersabda, ''Seorang wanita memasuki neraka disebabkan seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan mahupun membebaskannya untuk makan serangga di tanah."
[Shahih al-Bukhari – no:3318]

Siapa Susan Boyle???



PERSONALITI
Susan Magdalane Boyle lahir pada 1 April 1961. Ia dikenali sebagai seorang penyanyi asal Skotlandia yang menarik perhatian dunia setelah menyertai Britain’s Got Talent pada 11 April 2009. Dalam program tersebut, ia menyanyikan lagu I Dreamed a Dream dari Les Misérables.
KARIER
Sebelum mengikuti sebuah program pencarian bakat di negerinya, Susan Boyle bukanlah siapa-siapa. Namun semenjak ia mengikuti program Britain’s Got Talent musim ketiga pada 2009, namanya langsung menjadi terkenal seluruh dunia.
Juri acara tersebut, Simon Cowell, Amanda Holden dan Piers Morgan dan beserta seluruh penonton pada malam itu hanya memandang sebelah mata pada perempuan kelahiran Blackburn, West Lothian, Skotlandia ini. Tapi semua pandangan itu bertukar menjadi kagum apabila Susan mulai menyanyi lagu I Dreamed A Dream. Suaranya memukau ketiga juri pada malam 11 April 2009. Bahkan Amanda (juri) sambil terharu, seluruh penonton dan juri memberikan standing applause padanya.
Sejak saat itu, nama Susan Boyle menjadi terkenal. bahkan videonya di YouTube telah disaksikan oleh jutaan orang di dunia.
Kemampuan menyanyi Susan telah dilihat sejak lama. Ia gemar datang ke pertunjukan-pertunjukan teater untuk melihat persembahan penyanyi profesional. Ketika berusia 25 tahun, Susan pernah terlibat filem-filem independen dan menyanyikan lagu I DON’T KNOW HOW TO LOVE HIM. Susan juga sempat mengikuti kelas lakonan di Edinburgh Acting School.
Pada 1999, Susan merakam suaranya dalam lagu Cry Me A River untuk sebuah acara amal. CD Rakaman ini sendiri hanya diedarkan di daerah tempat tinggalnya, Whitburn, West Lothian. Ketika itu, CD ini mampu terjual hingga 1000 keping.
Dalam malam akhir Britain’s Got Talent 2009, akhirnya Boyle mendapat tempat kedua tewas kepada kumpulan tarian Diversity.

Syura Juara MasterChef Selebriti Malaysia 2




Zuraidah binti Badron atau lebih dikenali dengan nama Syura telah menjadi Juara MasterChef Selebriti Malaysia 2. Syura menewaskan Celina Khor apabila menu bertemakan ‘Sajian Sehangat Bintang’ ciptaannya berjaya memikat hati juri.
Syura dan Celina bersaing untuk mencipta menu untuk sembilan orang VVIP kelas pertama dalam sebuah penerbangan MAS. Dalam cabaran tersebut, masing-masing dikehendaki membuat sejenis pembuka selera, sajian utama dan pencuci mulut.
Kemenangan itu diakui tidak dijangka Syura kerana dirinya bukan peserta pilihan dan tidak yakin dengan gelaran juara itu.
Syura menyumbang RM 60,500 kepada Badan Kebajikan Kanser Payudara Persekutuan. Sementara Celina menyumbang RM 10,000 kepada Persatuan Kebajikan Haiwan-Haiwan Kurang Dijaga Selangor (Fury Friends Farm).
Berikut serba sedikit latar belakang Syura:

Nama lahir            : Zuraidah binti Badron
Genre                    : Pop Etnik, Ghazal, Keroncong
Pekerjaan             : Penyanyi, Komposer, Pelakon, Model Iklan, Penata Rias & Penari
Tahun aktif            : 2000-an
Label                      : Fantasia Music City

Jimmy Shanley kahwin janda?




PENGACARA Jimmy Shanley, bakal mengadakan satu sidang media  mengenai kontroversi yang kononnya dia sudah berkahwin bersama seorang janda.
“Setakat ini saya tidak mahu membuka cerita mengenai isu kahwin ini kerana kes saya masih lagi berjalan di Mahkamah Syariah.
“Untuk berlaku adil pada semua, saya akan mengadakan satu sidang media khas untuk bercerita lanjut mengenainya”, katanya kepada MH Online, hari ini

Bayi ada ekor?




SEORANG bayi lelaki dilahirkan di Guangdong, selatan China, tujuh bulan lalu, menghidapi sejenis penyakit pelik menyebabkan bahagian punggungnya seperti ditumbuhi ekor.
Doktor mengesahkan, Xiao Wei menghidapi spina bifida sewaktu dilahirkan membabitkan gangguan perkembangan kongenital disebabkan ketidaksempurnaan tiub neural embrio.
“Ibu bayi ini pernah meminta kumpulan pakar membuang lebihan isi pada bahagian belakang bayinya tetapi ia amat sukar untuk dilakukan kerana membabitkan sistem tulang belakang dan otak pesakit.
“Malah jika kita membuang bahagian ekor itu, ia akan tumbuh semula. Sebelum itu, pakar perlu membaiki masalah saraf tunjang bayi ini bagi menghentikan pertumbuhan ekornya,” kata pakar bedah, Huang Chuanping dalam laporan MailOnline.
Jelas Huang, kecacatan berlaku sejak dari dalam kandungan melibatkan pertumbuhan struktur dipanggil tiub neural yang pada akhirnya membentuk tulang belakang dan sistem sarafnya.
“Tetapi bagi kes spina bifida ini, pertumbuhan tulang belakang iaitu tulang yang melindungi sistem saraf tidak berlaku dengan sempurna.
“Sehingga kini, punca kejadian masih belum diketahui tetapi pakar terdahulu meramalkan faktor utama menyumbang kejadian spina bifida ini adalah kekurangan asid folik sebelum dan pada awal kandungan,” katanya.