Sunday, September 20, 2009

Menjadikan Mozilla Firefox Lebih Laju Daripada Biasa =)


1. Taip about:config jangan tandakan (show this warning next time)


2. Taip network.http.pipelining pada bahagian Filter dan double klik pada network.http.pipelining supaya menjadi true pada value


3. Taip network.http.proxy.pipelining pada bahagian Filter dan double klik pada network.http.proxy.pipelining supaya menjadi true pada value


4. Taip network.http.pipelining.maxrequests pada bahagian filter dan double klik pada network.http.pipelining.maxrequests di bahagian bawah dan akan keluar penyataan Enter Integer Value dan anda perlu masukkan 250 pada ruangan tersebut dan klik ok.



5. Backspace pada ruangan filter supaya menjadi kosong dan akan keluar semua file pada firefox.
6. Klik kanan pada mana-mana file yang anda suka dan anda perlu pilih new dan interger


7. Akan keluar paparan New Integer Value dan anda perlu taip nglayout.initialpaint.dalay dan set kepada nilai 0

 


8. Klik ok dan selesai. Anda akan lihat perbezaannya apabila anda membuka Mozilla Firefox anda. Cubalah. Anda tidak rugi apa-apa pun. Hehe.

Friday, September 18, 2009

Mencepatkan Permulaan Operasi Windows XP anda

Bagaimana untuk melajukan permulaan operasi Windows XP anda? Setiap kali anda on komputer anda, anda perlu menunggu dan menunggu sehingga selesai loading operasi Windows XP anda selesai sebelum anda boleh menggunakan komputer anda. Sekurang-kurangnya anda perlu menghabiskan masa antara 2 hingga 5 minit menunggu loading operasi Windows XP anda. Sudah selesai loading, baru anda boleh menggunakan Windows XP anda. Salah satu cara untuk mempercepatkan proses loading ini adalah dengan menggunakan kaedah disable startup Windows XP anda di mana anda boleh memilih operasi sistem startup anda.

Caranya anda klik pada butang start anda dan klik pada run. Pada ruangan run tersebut anda perlu taip "msconfig" dan akan muncul paparan seperti dibawah.
Pada toolbar startup anda pilihlah file yang anda tidak mahu gunakan semasa proses loading startup bagi operasi Windows XP anda supaya tidak anda membuang masa menunggu lama sebelum operasi Windows XP anda boleh digunakan. Selalunya saya akan Disable All pada startup komputer saya. Setelah anda memilih file yang sesuai, anda perlu klik pada button "apply" dan akan muncul paparan untuk anda restart atau tidak komputer anda. Klik restart dan anda akan lihat perbezaan kelajuan operasi Windows XP anda sebelum dan selepas anda menggunakan kaedah ini. Selamat Berjaya.

Membuat CD Format Windows XP Menggunakan Ultra ISO version 7.5 dan 7.6


Anda terfikir untuk membeli CD Format Windows XP anda apabila ia sudah calar atau hilang atau dipinjam oleh rakan-rakan dan ada antara mereka dah setahun pinjam tapi tak pulangkan balik? Jimatkan wang anda dari membeli CD Format Windows XP yang baru. Belajar untuk burn dan buat sendiri CD Format Windows XP anda. Apa yang perlu anda buat sebelum anda belajar cara atau teknik untuk burn CD Format Windows XP anda, anda perlu copy dan paste atau download dari mana-mana web file Windows XP ini ke dalam satu folder dalam komputer anda.

Setelah perkara-perkara seperti di atas anda sudah lakukan, anda perlu download file-file ini untuk anda mulakan Cara Membuat CD Format Windows XP Menggunakan Ultra ISO Version 7.5 atau 7.6.

1. Download software Ultra ISO versi 7.5 atau 7.6
http://rapidshare.com/files/281448877/ultraiso.rar

2.Download boot file ini.
http://rapidshare.com/files/281427347/bootfiles-from-tacktech-website.rar


Klik pada UltraISO.

Pilih File > New > Bootable CD/DVD Image dari menu software ini.

Klik pada bootfiles-from-tacktech-website yang anda download tadi dan masukkan file boot.ima dan klik open.

Pilih File > Properties... dari menu.
-ATAU-
Klik pada button Properties pada toolbar software ini.

Pada File System tab:

1.) Pilih Media: (703MB/80Min).
2.) Klik pada Optimize untuk right button.
3.) Klik pada Joliet.
4.) Tetapkan ISO 9660 FileName Format ke Windows/Unix(31).
5.) Klik pada Omit ISO 9660 version number untuk right button.
6.) Tetapkan Joliet FileName Format ke Extended(110).


Pada Label tab:

1.) Masukkan jenis Volume: "X2PVOL_EN" dan Volume Set ID: "X2PVOL_EN"

2.) Masukkan data Publisher: Contoh:
MICROSOFT CORPORATION.

3.) Masukkan data Data Preparer: Contoh:
MICROSOFT CORPORATION, ONE MICROSOFT WAY, REDMOND WA 98052, (425) 882-8080

4.) Masukkan data Application: Contoh:
CDIMAGE 2.52 (03/09/2004 TM)

5.) Klik pada butang OK.Klik pada folder Windows XP yang anda perolehi/copy di sebelah kiri software ini, kemudian pada bahagian kanan dan bawah sofware ini akan kelihatan file-file yang anda klik tadi. Anda perlu pilih semua file yang berada dibawah tersebut dan masukkan pada bahagian atas software ini (select all atau copy dan paste ja file yang di bawah ke bahagian atas). Contoh pada gambar di bawah adalah folder Windows XP yang disimpan pada C:\OS\ROOT.Pilih menu File > Save As...1.) Browse file ISO yang akan anda save itu ke file yang anda suka (cth adalah desktop).
2.) Masukkan File name: X2PVOL_EN
3.) Klik pada butang Save.
Untuk burn data ini, anda perlu pilih menu Tools > Burn CD/DVD Image...
-ATAU-
Klik pada butang Burn CD/DVD Image pada toolbar.
1.) Pilih Recorder: (DVD/CD writer anda)

2.) Pilih Disc-at-Once(DAO) dari Write Method:

3.) Klik pada butang Burn.Tunggu sehingga proses burn itu selesai dan apabila sudah selesai anda perlu klik pada button return.

Proses lengkap sepenuhnya dan anda sudah berjaya untuk Membuat CD Format Windows XP Menggunakan Ultra ISO version 7.5 dan 7.6. Semoga Berjaya.

Menghilangkan Language Bar

Lama rasanya saya tak membuat artikel-artikel selain sibuk dengan projek-projek semasa praktikum di STAR. Pada kali ini saya akan memberikan tip untuk menghilangkan language bar pada desktop anda. Tujuan asal languange bar ini dihilangkan adalah kerana untuk mencepatkan proses semasa PC anda baru dibuka atau baru on. Jadi tak payah la anda tertunggu-tunggu begitu lama sebelum anda boleh menggunakan windows XP anda. Langkah paling senang adalah anda perlu klik kanan pada butang toolbar anda. Pastikan anda disable tanda right pada semua toolbar anda. Cth pada gambar adalah klik pada nero search untuk hilangkan tanda 'right' pada nero search. Kalau lebih dari 1 tanda right, anda dinasihatkan untuk menghilangkan semua tanda itu.
1. Klik pada start, kemudian anda klik pada run.
2. taip "Regsvr32.exe /u msutb.dll" dan tekan butang enter
3. Language Bar itu akan hilang dan tidak akan mengganggu anda lagi.

Jika anda ingin language bar anda kembali ada semula, ikuti langkah 1 dan taip
"regsvr32 msutb.dll" dan tekan butang enter.

Tuesday, August 11, 2009

Zepsoft Wallpaper Calendar Full Version


ZepSoft Wallpaper Calendar adalah satu kalendar komputer yang membolehkan anda menaip perkara-perkara penting pada tarikh-tarikh yang khas buat anda. Dengan pengelolaan aplikasi ini membantu anda melihat jadual dan membantu anda dengan lebih mudah perkara-perkara penting dalam hidup setiap hari anda.

Zepsoft Wallpaper Calendar ini adalah mempunyai setting-setting yang membolehkan software ini transparent tanpa mengganggu anda untuk melihat wallpaper anda. Kalendar ini membolehkan anda untuk menyunting dan menambah peristiwa-peristiwa pada kalendar anda.

Ciri separuh telus atau transparent ini membenarkan anda untuk mengekalkan tema latar belakang kesayangan anda. Fungsi-fungsi lain yang terdapat dalam sistem ini termasuk mini controller yang membenarkan anda untuk mengakses kalender pada tarikh sebelum dan selepas. Pilihan menu membenarkan anda untuk melihat dan sunting maklumat untuk satu hari tertentu atau minggu atau bulan. Anda boleh juga memilih untuk mengubah kedudukan mini controller tersebut kepada minggu atau bulan. Software yang mudah, menarik dan yang paling penting membantu anda dalam urusan penting setiap hari.

Anda boleh download software ini seperti hyperlink dibawah.

http://rapidshare.com/files/266086082/Wallpaper_Calendar.rar

Windows 7 Transformation Pack 2 untuk Windows XP/Vista







Anda bosan dengan themes laptop atau pc anda? Asyik-asyik themes vista dan xp sahaja. Anda mahukan kelainan untuk themes anda? Apa kata anda mencuba Windows 7 Tranformation Pack 2. Windows 7 Transformation Pack 2 ini akan menukar wallpaper, icon, bootscreen, SheelStyle , bunyi, Login, Cursor dan banyak lagi ciri-ciri menyerupai Windows 7. Jika anda peminat dan berminat untuk menggunakan themes ini, jangan lepaskan peluang ini. Anda berpeluang untuk merasai dan menggunakan Windows 7 di dalam Windows XP anda. Sementara anda menunggu Windows 7 yang sebenar akan keluar tidak lama lagi, apa kata anda mencuba untuk merasai pengalaman yang sebenar dengan Windows 7 Transformation Pack 2 ini. Anda boleh download software ini seperti hyperlink di bawah.

http://rapidshare.com/files/265911827/7TP2.zip

P/S: Sebelum anda menginstall software ini, pastikan anda matikan/disable penggunaan sebarang antivirus kerana ia akan block apabila anda install Windows 7 Transformation Pack 2 ini.


Saturday, August 1, 2009

Downloading Software Ares 3.0.9.3803


Software Download lagu (mp3), video, image, dokumen, software dan lain-lain yang berkaitan? Ares adalah satu program perkongsian fail sumber terbuka yang bebas yang membolehkan pengguna-pengguna untuk berkongsi mana-mana fail digital termasuk imej-imej, audio, video, perisian, dokumen-dokumen, dan sebagainya. Sebagai salah seorang masyarakat maya, anda boleh mencari dan muat turun sebarang fail dan berkongsi dengan pengguna lain.

Dengan Ares anda boleh juga bersembang secara maya (chatting) atau anda boleh create chat room anda sendiri. Anda juga boleh memainkan lagu, video yang anda download tadi melalui software ini. Di samping itu, anda tidak perlu bersusah payah mencari file yang anda download itu kerana software ini terdapat library yang berfungsi untuk menyimpan data-data yang anda download itu mengikut kategori seperti yang saya nyatakan tadi iaitu lagu (mp3), video, image, dokumen, software dan lain-lain yang berkaitan. Amat mudah menggunakan software ini. Cuma taip judul lagu (mp3), video, image, dokumen, software dan lain-lain yang berkaitan pada toolbar search dan software ini bertindak mencari file yang anda cari mengikut format yang dipilih oleh anda. Cepat, mudah dan senang.

Anda boleh download software Ares ini bersama dengan crack seperti hyperlink dibawah.

http://rapidshare.com/files/262457090/ARES_XP-VISTA_3.0.9___CRACK_.rar