Friday, September 18, 2009

Mencepatkan Permulaan Operasi Windows XP anda

Bagaimana untuk melajukan permulaan operasi Windows XP anda? Setiap kali anda on komputer anda, anda perlu menunggu dan menunggu sehingga selesai loading operasi Windows XP anda selesai sebelum anda boleh menggunakan komputer anda. Sekurang-kurangnya anda perlu menghabiskan masa antara 2 hingga 5 minit menunggu loading operasi Windows XP anda. Sudah selesai loading, baru anda boleh menggunakan Windows XP anda. Salah satu cara untuk mempercepatkan proses loading ini adalah dengan menggunakan kaedah disable startup Windows XP anda di mana anda boleh memilih operasi sistem startup anda.

Caranya anda klik pada butang start anda dan klik pada run. Pada ruangan run tersebut anda perlu taip "msconfig" dan akan muncul paparan seperti dibawah.
Pada toolbar startup anda pilihlah file yang anda tidak mahu gunakan semasa proses loading startup bagi operasi Windows XP anda supaya tidak anda membuang masa menunggu lama sebelum operasi Windows XP anda boleh digunakan. Selalunya saya akan Disable All pada startup komputer saya. Setelah anda memilih file yang sesuai, anda perlu klik pada button "apply" dan akan muncul paparan untuk anda restart atau tidak komputer anda. Klik restart dan anda akan lihat perbezaan kelajuan operasi Windows XP anda sebelum dan selepas anda menggunakan kaedah ini. Selamat Berjaya.

No comments:

Post a Comment

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Shafee Live