California: Sebuah hospital berdepan saman apabila pesakitnya yang
juga nenek berusia 80 tahun mati selepas dimasukkan ke dalam penyejuk
beku bilik mayat secara tidak sengaja.
Keluarga Maria de Jesus Arroyo memfailkan saman terhadap hospital di
California itu selepas wanita berkenaan tersilap diisytiharkan meninggal
dunia akibat serangan jantung sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk
berkenaan.
Kesilapan itu hanya disedari apabila kakitangan hospital yang
menyediakan mayatnya untuk proses pengebumian melihatnya dalam keadaan
lebam pada muka dipercayai akibat mangsa cuba keluar dari peti sejuk
itu.
Laporan pakar patologi menunjukkan dia sebenarnya masih hidup ketika dimasukkan ke situ namun tersedar dan berusaha keluar. Akibatnya Maria mati kesejukan.
Laporan pakar patologi menunjukkan dia sebenarnya masih hidup ketika dimasukkan ke situ namun tersedar dan berusaha keluar. Akibatnya Maria mati kesejukan.
Suami dan lapan anak Maria pada mulanya memfailkan saman terhadap rumah mayat yang mengendalikan upacara pengebumian itu sejurus selepas kematiannya pada Julai 2010.
Namun hasil laporan patologi berkenaan yang diperoleh pada Disember
2011, mereka memutuskan menyaman hospital berkenaan kerana kecuaian
perubatan sehingga mengakibatkan kematian Maria.
Hospital terbabit bagaimanapun menafikan dakwaan itu. - Agensi
No comments:
Post a Comment