Walaupun telah meninggal dunia, legasi Raja pop, Micheal Jackson tetap
dihargai peminat seluruh dunia apabila disenaraikan sebagai selebriti
meninggal dunia berpendapatan tertinggi untuk tahun ini.
Lebih menarik dengan kekayaan sebanyak USD160 juta, jumlah itu melepasi
pendapatan yang dikaut oleh selebriti yang masih hidup seperti Madonna
yang berpendapatan sebanyak USD125 juta.
Difahamkan, sebahagian besar jumlah ini disumbangkan menerusi
pementasan Cirque du Soleil - Immortal yang mengutip sebanyak USD300
juta sejak dipentaskan tahun lalu.
Menduduki tempat kedua adalah Elvis Presley dengan pendapatan sebanyak
USD55 juta dan seterusnya ketiga miliki Elizabeth Taylor yang menduduki
tempat pertama tahun lalu.
No comments:
Post a Comment