PARIS - PERANCIS. Seorang kanak-kanak perempuan enam tahun
berjaya memukau penonton dari serata dunia dengan kemahiran tarian
breakdance yang menakjubkan.
Dachiya Atkinson atau B-Girl Terra mula menjadi sensasi di internet awal tahun lalu selepas rakaman persembahannya di sebuah pertandingan tarian di Paris ditonton oleh lebih 2.8 juta orang dalam tempoh hanya lima hari.
Selepas itu, penampilan Dachiya sekali lagi mengejutkan penonton dalam rancangan The Ellen Show dan dia turut muncul dalam muzik video Platoon oleh penari Britain, Jungle.
Klip video tersebut telah dimuat naik di pelbagai laman media termasuk YouTube dan berjaya menarik lebih 100,000 jumlah tontonan.
Ibunya, Jennifer Hollyak, 27, berkata, anaknya itu mula belajar berjalan ketika berumur sembilan bulan.
"Dachiya telah melakukan aksi handstands dan berpusing menggunakan kepala semasa berumur tiga tahun," katanya.
Difahamkan, walaupun dikurniakan bakat luar biasa, Dachiya tetap berperwatakan sama seperti kanak-kanak perempuan lain yang suka bermain dengan anak patung, laporan dipetik dari DailyMail.

No comments:
Post a Comment