Baru-baru ini timbul keinginan dalam hati saya untuk mencuba perkara yang tidak pernah terlintas dalam kepala otak saya untuk menggunakan wireless modem untuk kegunaan rumah. Tetapi menjadi kegusaran saya sekiranya menggunakan modem wireless. Adakah ia selamat walaupun kita masukkan password wireless yang panjang berjela-jela? Adakah orang lain tidak akan dapat memecahkan password yang saya gunakan sekiranya saya menggunakan modem wireless? Jawapannya timbul dalam kepala untuk belajar hack wireless. Dengan menggunakan software backtrack 4 anda boleh memecahkan dan mendapatkan password wireless hanya dengan 10 minit sahaja. Saya cuba mendapatkan tutorial hack wireless ini pada web youtube dan mula mengaplikasikannya dengan hack wireless saya sendiri dan ternyata ia cukup mudah untuk mendapatkan password wireless. Tidak berpuas hati dengan wireless rumah saya sendiri, timbul keinginan untuk mencuba pada rumah jiran-jiran yang menggunakan wireless modem untuk akses internet pada rumah mereka. Dan ternyata berhasil. Namun atas kesedaran dan etika hidup dalam komuniti bermasyarakat serta merupakan kesalahan undang-undang menggunakan hak orang lain maka percubaan ini berhenti takat disini sahaja. Yang pasti, saya telah mendapatkan 4 password wireless dari rumah jiran-jiran. Oleh kerana saya sendiri pelanggan streamyx, jadi ilmu tersebut berhenti takat itu sahaja untuk pengetahuan dan pengalaman sahaja.
Sekian, terima kasih.
P/s: Jika anda mahu mencuba, saya nasihatkan supaya anda memberitahu terlebih dahulu tuan punya wireless tersebut.
Sekian, terima kasih.
P/s: Jika anda mahu mencuba, saya nasihatkan supaya anda memberitahu terlebih dahulu tuan punya wireless tersebut.
No comments:
Post a Comment