Monday, August 12, 2013

Syura Juara MasterChef Selebriti Malaysia 2




Zuraidah binti Badron atau lebih dikenali dengan nama Syura telah menjadi Juara MasterChef Selebriti Malaysia 2. Syura menewaskan Celina Khor apabila menu bertemakan ‘Sajian Sehangat Bintang’ ciptaannya berjaya memikat hati juri.
Syura dan Celina bersaing untuk mencipta menu untuk sembilan orang VVIP kelas pertama dalam sebuah penerbangan MAS. Dalam cabaran tersebut, masing-masing dikehendaki membuat sejenis pembuka selera, sajian utama dan pencuci mulut.
Kemenangan itu diakui tidak dijangka Syura kerana dirinya bukan peserta pilihan dan tidak yakin dengan gelaran juara itu.
Syura menyumbang RM 60,500 kepada Badan Kebajikan Kanser Payudara Persekutuan. Sementara Celina menyumbang RM 10,000 kepada Persatuan Kebajikan Haiwan-Haiwan Kurang Dijaga Selangor (Fury Friends Farm).
Berikut serba sedikit latar belakang Syura:

Nama lahir            : Zuraidah binti Badron
Genre                    : Pop Etnik, Ghazal, Keroncong
Pekerjaan             : Penyanyi, Komposer, Pelakon, Model Iklan, Penata Rias & Penari
Tahun aktif            : 2000-an
Label                      : Fantasia Music City

Jimmy Shanley kahwin janda?




PENGACARA Jimmy Shanley, bakal mengadakan satu sidang media  mengenai kontroversi yang kononnya dia sudah berkahwin bersama seorang janda.
“Setakat ini saya tidak mahu membuka cerita mengenai isu kahwin ini kerana kes saya masih lagi berjalan di Mahkamah Syariah.
“Untuk berlaku adil pada semua, saya akan mengadakan satu sidang media khas untuk bercerita lanjut mengenainya”, katanya kepada MH Online, hari ini

Bayi ada ekor?




SEORANG bayi lelaki dilahirkan di Guangdong, selatan China, tujuh bulan lalu, menghidapi sejenis penyakit pelik menyebabkan bahagian punggungnya seperti ditumbuhi ekor.
Doktor mengesahkan, Xiao Wei menghidapi spina bifida sewaktu dilahirkan membabitkan gangguan perkembangan kongenital disebabkan ketidaksempurnaan tiub neural embrio.
“Ibu bayi ini pernah meminta kumpulan pakar membuang lebihan isi pada bahagian belakang bayinya tetapi ia amat sukar untuk dilakukan kerana membabitkan sistem tulang belakang dan otak pesakit.
“Malah jika kita membuang bahagian ekor itu, ia akan tumbuh semula. Sebelum itu, pakar perlu membaiki masalah saraf tunjang bayi ini bagi menghentikan pertumbuhan ekornya,” kata pakar bedah, Huang Chuanping dalam laporan MailOnline.
Jelas Huang, kecacatan berlaku sejak dari dalam kandungan melibatkan pertumbuhan struktur dipanggil tiub neural yang pada akhirnya membentuk tulang belakang dan sistem sarafnya.
“Tetapi bagi kes spina bifida ini, pertumbuhan tulang belakang iaitu tulang yang melindungi sistem saraf tidak berlaku dengan sempurna.
“Sehingga kini, punca kejadian masih belum diketahui tetapi pakar terdahulu meramalkan faktor utama menyumbang kejadian spina bifida ini adalah kekurangan asid folik sebelum dan pada awal kandungan,” katanya.