Saturday, August 17, 2013

Mayat wanita dibaham haiwan peliharaan sendiri


 
SOUTHAMPTON - Mayat seorang wanita dipercayai meninggal dunia beberapa minggu lalu ditemui dalam keadaan mengerikan akibat dibaham haiwan peliharaan di rumahnya.

Penemuan mayat Janet Veal, 56, dalam keadaan menyayat hati itu dibuat selepas jiran mangsa membuat aduan kepada polis kerana mengesyaki sesuatu perkara buruk mungkin menimpa wanita tersebut.

Koroner Southampton, Keith Wiseman berkata, pihak berkuasa turut menemui bangkai anjing dan kucing miliknya yang dikurung selama tiga bulan tanpa sebarang makanan.

"Rekod perubatan menunjukkan mangsa mengalami masalah paru-paru.

Lelaki tertua dunia di Bolivia?


 
 
 Laura
Laura didakwa menjadi lelaki paling tua di dunia kerana berusia 123 tahun selain masih sihat seperti lelaki dewasa.


Seorang lelaki Bolivia yang dilahirkan dalam tahun 1890 dan masih bertenaga, didakwa menjadi lelaki paling tua di dunia sekali gus mendahului rekod dunia sebelum ini.

Lapor jabatan pendaftaran Bolivia, Carmelo Flores Laura, baru menyambut ulang tahun ke 123 pada bulan lalu.

Laura nampak seperti lelaki 80-an dan paling menarik penglihatan warga tua yang tinggal di kawasan pergunungan, 80 kilometer di luar bandar La Paz itu masih jelas.

Lelaki dari puak Aymara itu, dikurniakan tiga cahaya mata, 16 cucu dan 39 cicit selain pernah menempuhi zaman perang Perang Dunia Pertama iaitu ketika berumur 24 tahun dan 64 tahun sewaktu Ratu Elizabeth menaiki takhta Britain.

Stesen TV tempatan, Rede Uno melaporkan, Laura yang turut kehilangan isteri pada 10 tahun lalu, percaya amalan senaman jalan kaki setiap hari dan tidak memakan semua jenis pasta dan gula telah memanjangkan tempoh hayatnya.

"Saya hanya makan cananhua (sejenis kuinoa liar yang kaya dengan protein dan asid amino), malah saya tidak malas dan sering berkongsi makanan bersama isteri ketika dia masih hidup," katanya yang turut mengaku amat menggemari masakan daging skunk. - MailOnline

Kerajaan lucut PR pengurus resort di Sedili

Isu surau: Pemilik resort direman 4 hari




SHAH ALAM - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menarik balik taraf Pemastautin Tetap (PR), pengurus resort di Sedili, Johor,  berkuat kuasa serta merta.
Perkara itu disahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata, penarikan status PR itu sebagai amaran kepada mereka yang tidak menghormati sensitiviti agama di Malaysia.

Katanya penarikan itu merupakan tindakan pertama kali diambil terhadap pemegang status PR di negara ini.

Pukul isteri: Penjawat awam tidak mengaku salah



Lelaki yang dipercayai memukul isteri  

Lelaki yang dipercayai memukul isteri di dalam lif di sebuah hospital swasta di Bukit Mertajam, Pulau Pinang (tengah) diiringi anggota Polis ketika menyerah diri di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.


BUKIT MERTAJAM - Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya di dalam lif sebuah hospital di sini, empat hari lepas.
  
Mohammad Affandi Ismail, 36, pegawai veterinar di Jerantut, Pahang dituduh mencederakan isterinya itu di dalam lif di Hospital KPJ Bandar Perda di sini pada kira-kira 4 petang, 12 Ogos lepas.
  
Dia dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda sebanyak RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
  
Majistret Ariff Mohamad Shariff membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 Sept untuk sebutan semula kes.
  
Tertuduh membayar wang jaminan itu.
  
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim.  - Bernama

Ustaz Azhar Idrus Terlibat Dalam Kemalangan



UAI terbabit kemalangan pagi tadi   

Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan, pagi tadi.

SHAH ALAM - Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya, pagi tadi. Namun, beliau dikatakan tidak mendapat sebarang kecederaan. Kemalangan berlaku di Pengadang Baru, Kuala Terengganu.

Sementara pemandu sebuah lagi kereta dan anak saudaranya menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Zamri Shamsuddin berkata kemalangan itu berlaku ketika Ustaz Azhar atau nama sebenarnya Zamrul Idrus, 49, dan
isterinya dalam perjalanan ke Bukit Payung di Marang.

"Ketika tiba di tempat kejadian, kereta jenis Volkswagen Golf GTI yang dipandu Ustaz Azhar bertembung dengan kereta Proton Iswara dari arah bertentangan. Dia dan isterinya tidak mengalami kecederaaan.

"Pemandu kereta Proton Iswara, Che Daek Abdul Rahman, 58, mengalami kecederaan di bahagian dada manakala anak saudaranya, Iskandar Mohd Saidi, 12,
bengkak di kepala akibat terhantuk dan luka di tangan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Zamri berkata Ustaz Azhar membuat laporan polis pada kira-kira 11 pagi di Balai Polis Trafik Daerah Kuala Terengganu dan telah memberikan keterangan berhubung kemalangan itu.

Sementara itu, Ustaz Azhar ketika ditemui pemberita enggan mengulas berhubung kemalangan itu. - Bernama

Thursday, August 15, 2013

Fesyen Menarik Ikat Rambut Terkini...

Wanita dipukul suami dalam lif minta polis ambil tindakan segera


BUKIT MERTAJAM, 14 Ogos (Bernama) -- Wanita yang dipukul suami dalam sebuah lif di sebuah hospital swasta di Bandar Perda, di sini berharap pihak polis dapat mengambil tindakan segera ke atas lelaki berkenaan.
Wanita berusia 36 tahun itu yang telah membuat laporan polis selepas kejadian itu Isnin lepas, berkata beliau bimbang suaminya, seorang penjawat awam, akan bertindak lebih ganas.
Mangsa, yang bekerja di sebuah kilang di sini, berkata beliau bercadang mengambil tindakan mahkamah ke atas suaminya kerana bertindak keterlaluan.
Rakaman kamera litar tertutup yang dimuat naik dan disebarkan secara meluas dalam Facebook dan YouTube itu menunjukkan suspek menumbuk isterinya sehingga kepalanya terhantuk, memijak cermin mata isterinya yang terjatuh, menampar dan menendang mangsa beberapa kali.
Insiden itu turut diperhatikan dua anak kecil pasangan itu yang masing-masing berusia empat dan lima tahun.
Menceritakan kejadian itu di sini hari ini, katanya kejadian itu berlaku ketika beliau bersama dua anaknya mahu pulang selepas melawat anak sulungnya berusia sembilan tahun yang dimasukkan ke wad kerana demam panas.
"Kebetulan saya bertemu suami yang melawat anak sulung tetapi kami tidak bertegur sapa. Ketika hendak pulang, suami turut mengikut kami masuk ke dalam lif sambil meminta saya memujuk anak agar mengikutinya.
"Bagaimanapun, anak perempuan saya kata dia nak ikut saya dan tidak mahu mengikut ''daddy'' menyebabkan suami marah," katanya.
Mangsa, yang tinggal berasingan dengan suaminya berusia 36 tahun itu, berkata suaminya bertindak menampar mukanya beberapa kali walaupun dua anaknya melihat kejadian itu.
Beliau mendakwa suaminya sudah berkahwin dengan wanita lain pada 2011 dan bekerja di sebuah agensi kerajaan di Jerantut, Pahang.
Katanya beliau pernah meminta suaminya agar menceraikannya tetapi dia dicabar agar pergi ke pejabat agama.
"Saya minta agar dia lepaskan saya dengan cara elok tetapi dia cabar saya supaya ke pejabat agama. Susulan itu, saya mendapatkan bantuan peguam untuk memfailkan permohonan cerai pada awal Julai lalu. Saya sudah tawar hati dan sebelum ini pun saya yang menyara anak kerana dia tidak memberi nafkah sejak Disember tahun lalu," katanya.
Adik mangsa, Mohd Yunus Ahmad Ramli, 31, yang memuatkan naik video tersebut, berharap pihak polis mengambil tindakan lanjut.
Ekoran kejadian itu, polis sedang mengesan suami mangsa yang menghilangkan diri dan didapati tidak hadir di tempat kerjanya.