Thursday, August 15, 2013
Wanita dipukul suami dalam lif minta polis ambil tindakan segera
BUKIT MERTAJAM, 14 Ogos (Bernama) -- Wanita yang dipukul suami dalam sebuah lif di sebuah hospital swasta di Bandar Perda, di sini berharap pihak polis dapat mengambil tindakan segera ke atas lelaki berkenaan.
Wanita berusia 36 tahun itu yang telah membuat laporan polis selepas
kejadian itu Isnin lepas, berkata beliau bimbang suaminya, seorang
penjawat awam, akan bertindak lebih ganas.
Mangsa, yang bekerja di sebuah kilang di sini, berkata beliau
bercadang mengambil tindakan mahkamah ke atas suaminya kerana bertindak
keterlaluan.
Rakaman kamera litar tertutup yang dimuat naik dan disebarkan secara
meluas dalam Facebook dan YouTube itu menunjukkan suspek menumbuk
isterinya sehingga kepalanya terhantuk, memijak cermin mata isterinya
yang terjatuh, menampar dan menendang mangsa beberapa kali.
Insiden itu turut diperhatikan dua anak kecil pasangan itu yang masing-masing berusia empat dan lima tahun.
Menceritakan
kejadian itu di sini hari ini, katanya kejadian itu berlaku ketika
beliau bersama dua anaknya mahu pulang selepas melawat anak sulungnya
berusia sembilan tahun yang dimasukkan ke wad kerana demam panas.
"Kebetulan saya bertemu suami yang melawat anak sulung tetapi kami tidak
bertegur sapa. Ketika hendak pulang, suami turut mengikut kami masuk ke
dalam lif sambil meminta saya memujuk anak agar mengikutinya.
"Bagaimanapun, anak perempuan saya kata dia nak ikut saya dan tidak mahu mengikut ''daddy'' menyebabkan suami marah," katanya.
Mangsa, yang tinggal berasingan dengan suaminya berusia 36 tahun
itu, berkata suaminya bertindak menampar mukanya beberapa kali walaupun
dua anaknya melihat kejadian itu.
Beliau mendakwa suaminya sudah berkahwin dengan wanita lain pada
2011 dan bekerja di sebuah agensi kerajaan di Jerantut, Pahang.
Katanya beliau pernah meminta suaminya agar menceraikannya tetapi dia dicabar agar pergi ke pejabat agama.
"Saya
minta agar dia lepaskan saya dengan cara elok tetapi dia cabar saya
supaya ke pejabat agama. Susulan itu, saya mendapatkan bantuan peguam
untuk memfailkan permohonan cerai pada awal Julai lalu. Saya sudah tawar
hati dan sebelum ini pun saya yang menyara anak kerana dia tidak
memberi nafkah sejak Disember tahun lalu," katanya.
Adik mangsa, Mohd Yunus Ahmad Ramli, 31, yang memuatkan naik video tersebut, berharap pihak polis mengambil tindakan lanjut.
Ekoran kejadian itu, polis sedang mengesan suami mangsa yang menghilangkan diri dan didapati tidak hadir di tempat kerjanya.
Wednesday, August 14, 2013
Luar Biasa!! Haiwan Seperti Makhluk Asing Di Jumpai!!
NEW YORK – Seekor haiwan ganjil yang disangka sebagai makhluk asing oleh
para pengguna internet selepas ia disiarkan di laman Reddit sebenarnya
ialah spesies haiwan seperti belut.
Menurut laman GrindTV.com, seorang jurucakap Jabatan
Pemuliharaan Alam Sekitar New York menyatakan, berdasarkan saiz pada
gambar di laman itu, haiwan tersebut ialah lamprei.
Imej itu
juga disiarkan di laman YouTube semalam yang dtangkap di New Jersey.
Menurut jabatan berkenaan, lamprei juga tidak mempunyai tulang dan
mulutnya dipenuhi dengan barisan gigi yang jarang.
Gambar tersebut menunjukkan haiwan itu ditusuk dan darah keluar daripada badannya. – Agensi
10 makanan penyumbang kalori terbanyak
Kita semua tahu bahawa cara terbaik untuk menurunkan berat badan adalah
dengan membakarnya. Ini bermakna cuma ada dua cara sahaja untuk mencapai
berat badan yang ideal samada makan dalam kuantiti sedikit atau
bersenam.
Jika anda memilih untuk mengurangkan kalori, anda perlu mengetahui makanan apa yang tinggi kandungan kalorinya.
Makanan yang kami senaraikan di bawah merupakan penyumbang kalori terbesar. Kami nasihatkan anda supaya kurangkan pengambilan makanan ini ya.
Mi kari
Kombinasi antara mi dan kari bersantan memang menyelerakan, namun tahukah anda sebanyak 500 kalori terkandung dalam hidangan ini? Jika anda teringinkan hidangan mi berunsurkan kuah, gantikan dengan mi sup yang rendah kalori berbanding mi kari.
Susu pekat manis
Elakkan menggunakan susu penuh krim setiap hari. Walaupun ia penuh dengan khasiat kalsium, namun kandungan gulanya amat tinggi. Untuk maklumat, satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi kira-kira 60 kalori.
Burger
Burger semestinya makanan yang kita cari jika lapar di waktu malam. Perlu anda ketahui bahawa satu hidangan burger biasa mengandungi 475 kalori . Ini tidak termasuk keju, sos dan mayonis.
Nasi Goreng
Biasanya, nasi goreng mengandungi kira – kira 630 kalori ini kerana nasinya digoreng, bersama bahan – bahan lain. Boleh di makan, tetapi bukan selalu ya.
Mayonis
Pengambilan mayonis wajar di kurangkan. Ini kerana mayonis tinggi dengan kandungan lemak. Jika inginkan mayonis, sentiasa memilih mayonis rendah lemak.
Nasi lemak
Dahulu, nasi lemak hanya di makan pada waktu pagi. Kini hidangan nombor satu Malaysia ini boleh di dapati pada waktu petang dan malam kerana telah banyak kafe dan restoran yang menyediakan hidangan ini. Kandungan lemak dalam nasi itu mampu menjuruskan anda kepada obesity jika makan dalam kadar berlebihan. Sepinggan nasi lemak mengandungi kira – kira 450 – 600 kalori.
Roti canai
Senang dan cepat. Untuk maklumat anda, satu keping roti canai mengandungi 300 kalori. Jika anda makan dua keping, jumlah berganda.
Aiskrim
Perlu ingat bahawa aiskrim tinggi kadar lemak dan gula. Dua scoop aiskrim mengandungi 380 kalori.
Donat
Jangan salah faham donat tidak menggemukkan. Donat mengandungi gula dan kabohidrat yang tinggi. Jika anda teringin, satu keping memadai.
sumber : http://www.tupai.com.my/

BILAL BIN RABAH MUAZIN KESAYANGAN RASULULLAH S.A.W
Bilal bin Rabah, sahabat nabi yang berkulit hitam, adalah muazin pertama dalam Islam dan juga bekas hamba abdi yang dilantik oleh Rasulullah S.A.W untuk melaungkan azan lima kali setiap hari. Sehinggakan apabila tibanya waktu solat, golongan malaikat begitu ternanti-nanti laungan azan dari Bilal.
Terdapat satu kisah, saorang sahabat meminta keizinan
dari Nabi Muhammad S.A.W untuk melaungkan.
Namun, Rasulullah S.A.W agak keberatan untuk
membenarkannya. Selepas puas memujuk Rasulullah membenarkannya untuk melaungkan
azan Subuh.
Sewaktu ingin menunaikan Solat Zohor, “penduduk langit” iaitu
malaikat turun untuk bertemu Baginda S.A.W dan bertanya kepadanya’ “Wahai Rasulullah, adakah kamu tidak solat Subuh
pagi tadi??”.
Baginda menjawab, “Sudah tentunya aku Solat Subuh pagi tadi.”
Baginda menjawab, “Sudah tentunya aku Solat Subuh pagi tadi.”
Malaikat berkata
lagi, “tetapi mengapa
kami tidak mendengar azan dilaungkan Subuh tadi??”
Baginda terus berkata, “Bukan Bilal Bin Rabah yang melaungkan azan Subuh pagi tadi tapi sahabatku yang lain.”
Baginda terus berkata, “Bukan Bilal Bin Rabah yang melaungkan azan Subuh pagi tadi tapi sahabatku yang lain.”
Rasa berat hati Rasulullah S.A.W benar-benar ada sebabnya.
Baginda S.A.W merasakan hati sahabat tersebut mempunyai masalah menyebabkan
laungan azan yang cukup merdu didengar Subuh tadi, dengan penuh tajwid, harakat
dan tarannumnya serta penampilannya yang hebatdari segi pakaian, rupa parasnya
yang tampan beserta wangiannya yang mahal tidak mampu didengar oleh penghuni
langit.
Adapun Bilal Bin Rabah yang kulitnya hitam legam, pakaian
yang amat sederhana dan suara tidak semerdu sahabat tadi, azan yang
dilaungkannya dapat didengar oleh penghuni langit. Itulah tanda keikhlasan
Bilal Bin Rabah.
Selepas kewafatan Rasulullah S.A.W, Bilal tidak dapat
melaungkan azan lagi kerana hatinya akan menjadi begitu sebak dan air matanya
terus mengalir. Kasih sayang Bilal kepada Rasulullah S.A.W begitu tinggi dan
melebihi kasih sayangnya terhadap manusia lain.
Sumber: www.iLuvislam.com
Tuesday, August 13, 2013
Sebab Kenapa Jepun Unik
![]() |
Unique, cross-bred fruit |
![]() |
Semua akan makan KFC untuk makan malam hari Krismas. Mungkin tidak semuanya tetapi kebanyakannya. |
![]() |
Berjalan-jalan di antara jalan yang selamat di dunia dimana anda dapat berjalan pada tengah malam tanpa perlu risau. |
![]() |
Duit syiling negara Jepun. Terdapat lubang di tengah-tengah duit syiling 5 dan 50 yen |
![]() |
Hotel kapsul |
![]() |
Bilik air/tandas elektronik |
![]() |
Butang untuk perkhidmatan di restoran-restoran |
![]() |
Tempat parking kereta (garaj) Multistory robot |
![]() |
Tempat duduk tandas yang panas (Heated toilet seats) |
![]() |
Love hotels dimana-mana |
![]() |
Mesin vending untuk makanan dan minuman |
![]() |
Beg Bertuah yang dijual pada Tahun Baru |
![]() |
Tiket yang mahal untuk menonton wayang |
![]() |
Hotel paling kecil didunia |
![]() |
Pachinko dimana-mana sahaja |
Subscribe to:
Posts (Atom)