Software Download lagu (mp3), video, image, dokumen, software dan lain-lain yang berkaitan? Ares adalah satu program perkongsian fail sumber terbuka yang bebas yang membolehkan pengguna-pengguna untuk berkongsi mana-mana fail digital termasuk imej-imej, audio, video, perisian, dokumen-dokumen, dan sebagainya. Sebagai salah seorang masyarakat maya, anda boleh mencari dan muat turun sebarang fail dan berkongsi dengan pengguna lain.
Dengan Ares anda boleh juga bersembang secara maya (chatting) atau anda boleh create chat room anda sendiri. Anda juga boleh memainkan lagu, video yang anda download tadi melalui software ini. Di samping itu, anda tidak perlu bersusah payah mencari file yang anda download itu kerana software ini terdapat library yang berfungsi untuk menyimpan data-data yang anda download itu mengikut kategori seperti yang saya nyatakan tadi iaitu lagu (mp3), video, image, dokumen, software dan lain-lain yang berkaitan. Amat mudah menggunakan software ini. Cuma taip judul lagu (mp3), video, image, dokumen, software dan lain-lain yang berkaitan pada toolbar search dan software ini bertindak mencari file yang anda cari mengikut format yang dipilih oleh anda. Cepat, mudah dan senang.
Anda boleh download software Ares ini bersama dengan crack seperti hyperlink dibawah.
Minta maaf kalau crack ini tak boleh pakai untuk OS vista sebab aku dah format laptop aku ke Windows XP balik. Maklum la OS Vista ni makan space hard disk aku besar sangat. Mana tahan. Tapi dari maklumat yang aku dapat, patch ini berkesan untuk OS vista. Cuba la. Apa-apa hal sama ada patch ini berkesan atau tak, tolong bgtau kat aku. Cara nak crack dia pun ada dalam link dibawah.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu lagi dalam artikel yang lebih menarik untuk dikongsi bersama. Terlebih dahulu aku nak mengucapkan terima kasih kepada pengunjung yang sudi untuk masuk ke blog ini. Terlebih terima kasih aku kepada pengunjung yang menghantar komen-komen pedas terutama sekali cik A**** dan seumpama dengannya yang menyatakan ...apa kelas KIV 7.0.... So dengan rasa rendah diri, aku terbitkan juga artikel berkaitan Kaspersky Anti Virus 2010 versi 9.0. Aku pun dah terbitkan artikel Kaspersky Anti Virus untuk 2009 (8.0) Komen-komen anda insyaallah akan aku jadikan sebagai dorongan dan cabaran untuk aku menerbitkan artikel yang lebih baik lagi.
Untuk kali ini, aku nak memperkenalkan program antivirus Kaspersky 2010. Dalam artikel ini juga, aku akan lampirkan crack untuk trial reset bagi program ini. Untuk pengetahuan semua, Kaspersky 2010 (9.0) ini adalah kesinambungan dari Kaspersky 2009 tidak kira KAV atau KIS. Anda boleh download installer Kaspersky Anti Virus 2010 ini seperti hyperlink di bawah.
Kaspersky Antivirus 7.0, 2009 (8.0) dan 2010 (9.0)
Sesudah anda mendownload antivirus ini, anda perlu menginstallnya. So gambar-gambar berkaitan dengan install software ini aku lampirkan sahaja. Rasanya anda semua dah tahu macam mana nak install anti virus ini.Setelah anda install antivirus ini, anda diminta untuk memberi license key atau memilih untuk menggunakan trial sahaja (30 hari diberikan oleh Kaspersky). Kepada anda yang tidak mahu membeli license key, anda boleh menggunakan trial version sahaja dimana 30 hari akan diberikan kepada anda. Apa yang perlu anda lakukan semasa mahu apply trial version, anda perlu ada internet connection. Macam yang aku beritahu tadi, 30 hari akan diberikan kepada anda oleh kaspersky. Sesudah 30 hari, anda tidak dibenarkan untuk menggunakan trial version lagi di mana pihak Kaspersky akan meminta anda mendapatkan license key untuk terus anda menggunakan anti virus tersebut.Jadi aku lampirkan trial reset bagi Antivirus ini. Anda boleh download seperti link dibawah.
Sebelum anda menggunakan crack untuk trial reset ini, anda perlu disable self defense antivirus ini. Anda perlu klik kanan pada logo kaspersky toolbar anda dan pilih setting>option>disable self defense. Anda juga perlu matikan protection bagi kaspersky dengan klik kanan pada logo kaspersky toolbar anda dan pilih setting>protection. Kosongkan tanda pada protection tersebut. Seterusnya anda perlu exit Kaspersky dari toolbar desktop anda. Klik kanan pada logo toolbar dan klik exit.
Sesudah itu anda dinasihatkan supaya tidak extract file crack trial reset ini. Ini kerana Kaspersky akan detact file crack tersebut sebagai virus. Namun ia bukanlah virus. Ia hanyalah file crack yang tidak langsung menjejaskan komputer anda. Anda perlu buka file tersebut dan klik pada trial reset. Biarkan aplikasi ini menjalankan tugasnya sehingga selesai. Kemudian, setelah selesai aplikasi ini dijalankan, anda boleh apply semula trial version bagi kaspersky 2010 anda. Mudah bukan??
Pada kali ini aku nak memperkenalkan kepada anda semua laman web untuk anda mendapatkan license key kaspersky. Laman web ini antara yang terbaik kepada anda kerana terdapat beribu-ribu license key kaspersky yang baru dan tidak kira anda pengguna Kaspersky Anti Virus atau Kaspersky Internet Security version apa pun. Sebelum anda membuka laman web ini, anda perlu memastikan anti virus kaspersky anda tidak aktif. Anda boleh disable self defense antivirus anda terlebih dahulu dan exit kaspersky dari toolbar desktop anda. Kemudian barulah anda boleh masuk ke laman web ini.
Laman web ini memang bagus kepada pengguna yang mencari license key yang baru setelah license key sebelum ini sudah tidak aktif atau blacklist. Melalui laman web ini juga, pengguna tidak perlu risau kerana license key yang diterbitkan ini diupdate setiap hari oleh pengguna-pengguna yang mahu berkongsi license key mereka. Jadi anda berpeluang menggunakan license key ini sehingga kaspersky blacklistkan license key tersebut. Apabila license key tersebut sudah blacklist, anda boleh masuk semula ke laman web ini dan mencari license key yang baru. Mudah, senang dan cepat.
Anda boleh klik hyperlink dibawah untuk masuk ke laman web ini.
Pada kali ini aku ingin review 5 anti virus popular di dunia. Mungkin dengan artikel ini mampu untuk mempengaruhi anda untuk memilih anti virus yang terbaik untuk PC/Laptop anda. Review ini bukan saja-saja aku buat tapi berdasarkan jumlah pengunjung yang memuat turun antivirus dalam laman web muat turun percuma iaitu softpedia.
1. Avira AntiVir Personal
AntiVir Personal Edition adalah satu perisian bantuan untuk melindungi dan memantau PC anda dari virus yang merbahaya, worms, trojans dan costly dialers.
2. AVG Free Edition 8.0
AVG FREE EDITION adalah antivirus terkenal untuk perlindungan PC anda. AVG FREE EDITION adalah percuma untuk pengguna-pengguna sepanjang masa dan tanpa had.
3. Norton AntiVirus 2009
Norton Internet yang memberi perlindungan dari worm-worm tertentu yang canggih (seperti Blaster dan Sasser) sebelum mereka memasuki komputer anda. Norton AntiVirus juga boleh mengesan spyware dan ancaman virus-virus lain.
4.Kaspersky Anti-Virus Personal
Aplikasi Kaspersky Anti-Virus 2009 telah direka bentuk menjadi tulang belakang sistem keselamatan PC anda, menawarkan perlindungan daripada ancaman-ancaman IT.
Kaspersky Anti-Virus 2009 menyediakan keperluan asas (basic tools) untuk melindungi PC anda.
5.ESET NOD32 Antivirus
NOD32 adalah peneraju dunia Virus Bulletin 100% Awards dan memenangi banyak anugerah (21 anugerah) daripada mana-mana pertandingan produk. Sejak percubaannya yang pertama pada Mei 1998, NOD32 adalah satu-satunya produk yang akan diuji atau digunakan oleh setiap individu yang tidak ketinggalan dalam dunia yang mempunyai ancaman IT.
Minta maaf. Lama aku tak update blog ni. Sibuk dengan praktikum dan persekolahan. Aku baru sahaja update blog ni dengan masukkan statistik pengunjung. Mudah untuk aku mengetahui jumlah pengunjung blog aku ni. Sebenarnya aku pun masih baru dalam dunia blog ni. Ada rakan-rakan bertanya kenapa aku masukkan crack untuk kaspersky 7.0 dan 8.0 (2009) dalam blog aku ni. Aku pun kata blog aku ni adalah blog perkongsian ilmu. Jadi tak salah aku berkongsi ilmu ini kepada semua. Alhamdulillah, mengikut statistik dari rapidshare, jumlah yang memuat turun kaspersky crack untuk 7.0 begitu ramai mencecah 30 orang lebih. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dan mendownload dari blog ini.
Tujuan aku untuk berkongsi ilmu ini juga telah disalahtafsir oleh segelintir pengunjung. Dalam usaha mereka untuk menarik perhatian orang lain, mereka memperlekehkan apa yang aku cuba kongsi bersama pengguna. Memang aku tak nafikan pasal license key original kaspersky lebih baik dari crack yang aku terbitkan dalam blog ni. Tetapi tema blog ini adalah "Blog Perkongsian Ilmu". Jadi tak salah bagi aku untuk berkongsi ilmu kepada pengunjung yang berminat sama ada tidak mampu membeli license key yang original atau yang tak mahu beli license key yang original. Walaupun sekadar crack, namun crack ini mampu untuk menafikan kaspersky dari menjadikan license key anda blacklist dan anda tetap boleh update data antivirus Kaspersky anda. Jadi biarlah pengguna sendiri yang memilih mahu menggunakan apa yang mereka mahu. Aku pun bukan ambil pusing sangat pun dengan segelintir orang macam ni. Bukan aku guna duit dia pun. Tapi takpa. Dunia ni sentiasa berputar. Ari ni aku kena, esok lusa diorang plak yang kena. Lagipun...kalau crack untuk kaspersky 7.0 ini memalukan dan ketinggalan zaman, kenapa lebih 53 orang sudah mendownload crack ini dari blog ini? Masih terdapat crack untuk KAV/KIS 2009 dan KAV/KIS 2010 untuk pengguna blog ini mencubanya. Pilihlah yang mana bersesuaian dengan anda.
Sesuai dengan tema blog ini "Blog Perkongsian Ilmu", aku ingin mempelawa kepada pengunjung untuk menyumbangkan artikel-artikel sekiranya ada.Tidak kisah selain dari dunia it atau sebagainya. Janji kita dapat berkongsi ilmu.
Setakat ini sahaja untuk kali ini, sekian terima kasih.
P/s: Versi berapa pun yang kita gunakan, janji dapat protect PC/Laptop kita, itu dah memadai buat kita.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada anda yang sudi untuk meluangkan masa menatap blog ini.
Pada kali ini aku akan memberitahu anda bagaimana cara untuk mengaktifkan windows XP anda. Tidak kisah sama ada Windows XP anda pirate atau original, cara ini digunakan adalah untuk mengupdate dan mengupgrade beberapa benda dalam Windows XP anda terutamanya Windows Media Player 11, Internet Explorer 7, Internet Explorer 8 dan updatekan Operation Systems Windows XP anda. Anda perlu mencubanya sendiri. Pastikan pengalaman ini sebagai pengalaman yang boleh menjadikan anda antara orang yang mampu berbangga kerana aplikasi ini mudah dan tidak memerlukan software yang lain.
Tidak perlu aku ceritakan lagi bagaimana untuk mengaktifkan Windows XP di dalam blog ini kerana tidak mahu banyak masa terbuang untuk mengupload gambar-gambar bagaimana caranya untuk mengaktifkan Windows XP anda. Anda hanya perlu download dokumen dalam hyperlink dibawah. Lebih mudah dan cepat disamping anda boleh menyimpan dokumen tersebut untuk anda pada masa akan datang. Activate ini dilakukan supaya Windows XP anda terutamanya kepada pengguna cetak rompak boleh update Operation Windows XP mereka disamping menjadikan Windows XP pirate itu ke original. Hehe. Bagus bukan.