Thursday, July 30, 2009

Crack Kaspersky 7.0 Vista

Minta maaf kalau crack ini tak boleh pakai untuk OS vista sebab aku dah format laptop aku ke Windows XP balik. Maklum la OS Vista ni makan space hard disk aku besar sangat. Mana tahan. Tapi dari maklumat yang aku dapat, patch ini berkesan untuk OS vista. Cuba la. Apa-apa hal sama ada patch ini berkesan atau tak, tolong bgtau kat aku. Cara nak crack dia pun ada dalam link dibawah.

http://www.megaupload.com/?d=G4HGZOKA

Monday, July 20, 2009

Kaspersky 2010 (9.0) + Trial Reset


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu lagi dalam artikel yang lebih menarik untuk dikongsi bersama. Terlebih dahulu aku nak mengucapkan terima kasih kepada pengunjung yang sudi untuk masuk ke blog ini. Terlebih terima kasih aku kepada pengunjung yang menghantar komen-komen pedas terutama sekali cik A**** dan seumpama dengannya yang menyatakan ...apa kelas KIV 7.0.... So dengan rasa rendah diri, aku terbitkan juga artikel berkaitan Kaspersky Anti Virus 2010 versi 9.0. Aku pun dah terbitkan artikel Kaspersky Anti Virus untuk 2009 (8.0) Komen-komen anda insyaallah akan aku jadikan sebagai dorongan dan cabaran untuk aku menerbitkan artikel yang lebih baik lagi.

Untuk kali ini, aku nak memperkenalkan program antivirus Kaspersky 2010. Dalam artikel ini juga, aku akan lampirkan crack untuk trial reset bagi program ini. Untuk pengetahuan semua, Kaspersky 2010 (9.0) ini adalah kesinambungan dari Kaspersky 2009 tidak kira KAV atau KIS. Anda boleh download installer Kaspersky Anti Virus 2010 ini seperti hyperlink di bawah.

Kaspersky Antivirus 7.0, 2009 (8.0) dan 2010 (9.0)

http://www.scanwith.com/Kaspersky_Anti-Virus_download.htm


Sesudah anda mendownload antivirus ini, anda perlu menginstallnya. So gambar-gambar berkaitan dengan install software ini aku lampirkan sahaja. Rasanya anda semua dah tahu macam mana nak install anti virus ini. Setelah anda install antivirus ini, anda diminta untuk memberi license key atau memilih untuk menggunakan trial sahaja (30 hari diberikan oleh Kaspersky). Kepada anda yang tidak mahu membeli license key, anda boleh menggunakan trial version sahaja dimana 30 hari akan diberikan kepada anda. Apa yang perlu anda lakukan semasa mahu apply trial version, anda perlu ada internet connection. Macam yang aku beritahu tadi, 30 hari akan diberikan kepada anda oleh kaspersky. Sesudah 30 hari, anda tidak dibenarkan untuk menggunakan trial version lagi di mana pihak Kaspersky akan meminta anda mendapatkan license key untuk terus anda menggunakan anti virus tersebut. Jadi aku lampirkan trial reset bagi Antivirus ini. Anda boleh download seperti link dibawah.

http://rapidshare.com/files/257840535/Kaspersky_trial_reset.rar

Sebelum anda menggunakan crack untuk trial reset ini, anda perlu disable self defense antivirus ini. Anda perlu klik kanan pada logo kaspersky toolbar anda dan pilih setting>option>disable self defense. Anda juga perlu matikan protection bagi kaspersky dengan klik kanan pada logo kaspersky toolbar anda dan pilih setting>protection. Kosongkan tanda pada protection tersebut. Seterusnya anda perlu exit Kaspersky dari toolbar desktop anda. Klik kanan pada logo toolbar dan klik exit.

Sesudah itu anda dinasihatkan supaya tidak extract file crack trial reset ini. Ini kerana Kaspersky akan detact file crack tersebut sebagai virus. Namun ia bukanlah virus. Ia hanyalah file crack yang tidak langsung menjejaskan komputer anda. Anda perlu buka file tersebut dan klik pada trial reset. Biarkan aplikasi ini menjalankan tugasnya sehingga selesai. Kemudian, setelah selesai aplikasi ini dijalankan, anda boleh apply semula trial version bagi kaspersky 2010 anda. Mudah bukan??

Laman Web License Key Untuk Kaspersky


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada kali ini aku nak memperkenalkan kepada anda semua laman web untuk anda mendapatkan license key kaspersky. Laman web ini antara yang terbaik kepada anda kerana terdapat beribu-ribu license key kaspersky yang baru dan tidak kira anda pengguna Kaspersky Anti Virus atau Kaspersky Internet Security version apa pun. Sebelum anda membuka laman web ini, anda perlu memastikan anti virus kaspersky anda tidak aktif. Anda boleh disable self defense antivirus anda terlebih dahulu dan exit kaspersky dari toolbar desktop anda. Kemudian barulah anda boleh masuk ke laman web ini.

Laman web ini memang bagus kepada pengguna yang mencari license key yang baru setelah license key sebelum ini sudah tidak aktif atau blacklist. Melalui laman web ini juga, pengguna tidak perlu risau kerana license key yang diterbitkan ini diupdate setiap hari oleh pengguna-pengguna yang mahu berkongsi license key mereka. Jadi anda berpeluang menggunakan license key ini sehingga kaspersky blacklistkan license key tersebut. Apabila license key tersebut sudah blacklist, anda boleh masuk semula ke laman web ini dan mencari license key yang baru. Mudah, senang dan cepat.

Anda boleh klik hyperlink dibawah untuk masuk ke laman web ini.

http://www.kavkiskey.com

Sunday, July 19, 2009

5 Anti Virus Popular Di Dunia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada kali ini aku ingin review 5 anti virus popular di dunia. Mungkin dengan artikel ini mampu untuk mempengaruhi anda untuk memilih anti virus yang terbaik untuk PC/Laptop anda. Review ini bukan saja-saja aku buat tapi berdasarkan jumlah pengunjung yang memuat turun antivirus dalam laman web muat turun percuma iaitu softpedia.

1. Avira AntiVir Personal

AntiVir Personal Edition adalah satu perisian bantuan untuk melindungi dan memantau PC anda dari virus yang merbahaya, worms, trojans dan costly dialers.

2. AVG Free Edition 8.0

AVG FREE EDITION adalah antivirus terkenal untuk perlindungan PC anda. AVG FREE EDITION adalah percuma untuk pengguna-pengguna sepanjang masa dan tanpa had.

3. Norton AntiVirus 2009
Norton Internet yang memberi perlindungan dari worm-worm tertentu yang canggih (seperti Blaster dan Sasser) sebelum mereka memasuki komputer anda. Norton AntiVirus juga boleh mengesan spyware dan ancaman virus-virus lain.

4.Kaspersky Anti-Virus Personal

Aplikasi Kaspersky Anti-Virus 2009 telah direka bentuk menjadi tulang belakang sistem keselamatan PC anda, menawarkan perlindungan daripada ancaman-ancaman IT.

Kaspersky Anti-Virus 2009 menyediakan keperluan asas (basic tools) untuk melindungi PC anda.


5.ESET NOD32 Antivirus

NOD32 adalah peneraju dunia Virus Bulletin 100% Awards dan memenangi banyak anugerah (21 anugerah) daripada mana-mana pertandingan produk. Sejak percubaannya yang pertama pada Mei 1998, NOD32 adalah satu-satunya produk yang akan diuji atau digunakan oleh setiap individu yang tidak ketinggalan dalam dunia yang mempunyai ancaman IT.

Blog Perkongsian Ilmu (Crack Kaspersky)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Minta maaf. Lama aku tak update blog ni. Sibuk dengan praktikum dan persekolahan. Aku baru sahaja update blog ni dengan masukkan statistik pengunjung. Mudah untuk aku mengetahui jumlah pengunjung blog aku ni. Sebenarnya aku pun masih baru dalam dunia blog ni. Ada rakan-rakan bertanya kenapa aku masukkan crack untuk kaspersky 7.0 dan 8.0 (2009) dalam blog aku ni. Aku pun kata blog aku ni adalah blog perkongsian ilmu. Jadi tak salah aku berkongsi ilmu ini kepada semua. Alhamdulillah, mengikut statistik dari rapidshare, jumlah yang memuat turun kaspersky crack untuk 7.0 begitu ramai mencecah 30 orang lebih. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dan mendownload dari blog ini.

Tujuan aku untuk berkongsi ilmu ini juga telah disalahtafsir oleh segelintir pengunjung. Dalam usaha mereka untuk menarik perhatian orang lain, mereka memperlekehkan apa yang aku cuba kongsi bersama pengguna. Memang aku tak nafikan pasal license key original kaspersky lebih baik dari crack yang aku terbitkan dalam blog ni. Tetapi tema blog ini adalah "Blog Perkongsian Ilmu". Jadi tak salah bagi aku untuk berkongsi ilmu kepada pengunjung yang berminat sama ada tidak mampu membeli license key yang original atau yang tak mahu beli license key yang original. Walaupun sekadar crack, namun crack ini mampu untuk menafikan kaspersky dari menjadikan license key anda blacklist dan anda tetap boleh update data antivirus Kaspersky anda. Jadi biarlah pengguna sendiri yang memilih mahu menggunakan apa yang mereka mahu. Aku pun bukan ambil pusing sangat pun dengan segelintir orang macam ni. Bukan aku guna duit dia pun. Tapi takpa. Dunia ni sentiasa berputar. Ari ni aku kena, esok lusa diorang plak yang kena. Lagipun...kalau crack untuk kaspersky 7.0 ini memalukan dan ketinggalan zaman, kenapa lebih 53 orang sudah mendownload crack ini dari blog ini? Masih terdapat crack untuk KAV/KIS 2009 dan KAV/KIS 2010 untuk pengguna blog ini mencubanya. Pilihlah yang mana bersesuaian dengan anda.

Sesuai dengan tema blog ini "Blog Perkongsian Ilmu", aku ingin mempelawa kepada pengunjung untuk menyumbangkan artikel-artikel sekiranya ada.Tidak kisah selain dari dunia it atau sebagainya. Janji kita dapat berkongsi ilmu.

Setakat ini sahaja untuk kali ini, sekian terima kasih.

P/s: Versi berapa pun yang kita gunakan, janji dapat protect PC/Laptop kita, itu dah memadai buat kita.

Wednesday, July 15, 2009

Cara untuk Activate Windows XP anda


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada anda yang sudi untuk meluangkan masa menatap blog ini.

Pada kali ini aku akan memberitahu anda bagaimana cara untuk mengaktifkan windows XP anda. Tidak kisah sama ada Windows XP anda pirate atau original, cara ini digunakan adalah untuk mengupdate dan mengupgrade beberapa benda dalam Windows XP anda terutamanya Windows Media Player 11, Internet Explorer 7, Internet Explorer 8 dan updatekan Operation Systems Windows XP anda. Anda perlu mencubanya sendiri. Pastikan pengalaman ini sebagai pengalaman yang boleh menjadikan anda antara orang yang mampu berbangga kerana aplikasi ini mudah dan tidak memerlukan software yang lain.

Tidak perlu aku ceritakan lagi bagaimana untuk mengaktifkan Windows XP di dalam blog ini kerana tidak mahu banyak masa terbuang untuk mengupload gambar-gambar bagaimana caranya untuk mengaktifkan Windows XP anda. Anda hanya perlu download dokumen dalam hyperlink dibawah. Lebih mudah dan cepat disamping anda boleh menyimpan dokumen tersebut untuk anda pada masa akan datang. Activate ini dilakukan supaya Windows XP anda terutamanya kepada pengguna cetak rompak boleh update Operation Windows XP mereka disamping menjadikan Windows XP pirate itu ke original. Hehe. Bagus bukan.

Anda boleh download Cara untuk Activate Windows XP anda pada hyperlink dibawah.
http://rapidshare.com/files/256002330/Cara_untuk_Activate_Windows_XP_anda.doc

Permainan Plant VS Zombie (Full Version)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kali ini aku akan memperkenalkan satu games/permainan yang menarik kepada anda semua.

Sekumpulan zombie baru saja hendak menceroboh rumah anda, dan anda perlu mempertahankan rumah anda dari diserang zombie. Gunakan tumbuh-tumbuhan di rumah anda untuk mempertahankan anda dari dijadikan mangsa zombie kejam ini. Anda perlu mempertahankan rumah anda dari 26 jenis zombie ini dan permainan ini memerlukan kepantasan anda untuk berfikir dan menggunakan bekalan tumbuh-tumbuhan anda untuk menentang zombie ini. Permainan/games ini mempunyai 50 peringkat dalam mode advanture iaitu seperti hari siang, malam dan berkabus, atas bumbung dan kolam renang.

Permainan dari syarikat games PopCap ini amat sesuai bagi bagi PC atau laptop yang menggunakan keperluan sistem yang rendah sahaja dan sesuai kepada semua peringkat umur. Permainan ini juga merupakan permainan yang paling laris di antara permainan-permainan yang dikeluarkan oleh PopCap sebelum ini.

Anda mempunyai 5 lorong untuk anda menanam tumbuh-tumbuhan anda. Tumbuhan yang wajib anda pilih adalah bunga matahari. Ini kerana bunga matahari ini akan mengeluarkan point kepada anda untuk membeli tumbuh-tumbuhan yang lain. Anda memerlukan strategi yang baik untuk anda memilih tumbuh-tumbuhan yang mampu dijadikan senjata untuk menghapuskan zombie ini.Semakin lama anda bermain permainan ini, semakin banyak coin yang akan anda kumpulkan dan anda boleh memilih untuk unlock tumbuh-tumbuhan yang lebih baik dari yang diberikan.Jenis-jenis senjata yang basic untuk digunakan adalah seperti Peashooter, Cherry Bomb, Potato Mine, Snow Pea, Champer, Repeater, Squash, Jalapeno dan lain-lain lagi.

Penilaian saya terhadap games/permainan ini adalah 9/10. Menarik dan memerlukan daya pemikiran yang cepat di samping strategi yang tepat untuk menentang zombie-zombie ini.

Marilah kita sama-sama menentang zombie dan menghapuskannya.

Anda boleh download permainan/games ini pada hyperlink di bawah.
http://rapidshare.com/files/255957830/Plants_vs._Zombies.rar

p/s: Anda boleh terus main games/permainan ini. Tidak perlu anda install.



Kaspersky Anti Virus Dan Kaspersky Internet Security 7.0 + Crack



Assalamualaikum kepada semua.

Kali ini aku akan memperkenalkan 1 lagi crack Kaspersky Anti Virus dan Kaspersky Internet Security version 7.0 kepada semua. Crack ini memang berkesan dan menarik tetapi hanya OS windows XP sahaja yang boleh gunakan crack ini. Windows Vista aku dah cuba tapi tidak berkesan. Crack ini bertujuan untuk menjadikan license key yang kita dapat itu tidak blacklist dari kaspersky. Untuk install license key dan gunakan crack ini, dinasihatkan tidak menggunakan capaian internet. Walaupun license itu dah kaspersky blaclistkan pun, tetap boleh guna. Cara nak menggunakan crack ini....

1. Download seperti link dibawah ( Installer Kaspersky Anti Virus 7.0 + License Key 27/4/2011 + Crack KAV/KIS 7.0)
http://rapidshare.com/files/255733278/Desktop.rar
2. Jangan extract fail yang anda download ini. Sebab selalunya kepada pengguna kaspersky yang memang dah install dalam pc dia, selalunya antivirus kaspersky ini akan detact crack ini sebagai virus. Kalau anda extract file ini, antivirus kaspersky akan detact file ni sebagai virus dan padam file ini. Anda jugak yang rugi.
3. Install kaspersky 7.0 ini. Kalau dah ada, tak payah la.
4. Apa perlu anda lakukan adalah cuba activate key yang aku sertakan ini (key ini setakat 27/04/2011 sahaja) dengan klik pada kanan ikon kaspersky kat icon desktop anda dan klik pada activate.

5. Kalau anda sudah mempunyai licence key dan mahu guna licance key yang aku bagi, so delete ja license key tersebut. Kalau nak guna license key yang anda gunakan pun tak kisah.6. Klik pada istall key dibawah renew key dan akan muncul seperti dibawah.7. Klik pada apply exiting license key dan klik next.
8. Klik pada browse dan gunakan license key yang aku lampirkan pada link yang anda download di atas.
9. Klik button next.
10. Akan muncul license key successfully installed seperti dibawah dan klik finish.

11. Untuk menggunakan crack ini, anda perlu disable self defense kaspersky terlebih dahulu.
12. Caranya...klik kanan pada icon kaspersky dan klik setting
13. Klik pada bahagian protection di kiri setting ini dan kosongkan enable protection. 14. Klik pada kiri bahagian service kemudian anda perlu Disable Self Defense Service.
15. Disable Kaspersky (KAV or KIS), klik kanan pada taskbar dan seterusnya klik exit.
16. Buka file yang anda download melalui link di atas dan open Crack [Kaspersky Anti-Virus And Internet Security 7.x].exe17. Kalau anda pengguna Kaspersky Anti Virus, klik pada Crack Kaspersky Anti Virus dan kalau anda pengguna Kaspersky Internet Security anda perlu klik pada Crack Kaspersky Internet Security.
18. Tunggu sehingga operasi crack ini sehingga habis.
19. Open semula kaspersky dan setting, klik pada enable protection dan enable self defense.
19. Selesai dan Enjoy.


Monday, July 13, 2009

Kaspersky 2009 (8.0) Trial Reset 2.3V

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku rasa ramai pengguna antivirus kaspersky kat Malaysia ni. Terutamanya student IPTA/IPTS. Al maklum la selalu jugak pendrive aku kena virus terutamanya apabila kita buat assigment kat cyber cafe. Untuk memudahkan cerita, banyak pulak antivirus kat pasaran Malaysia sekarang ni. Nak beli yang original, mahal tu. So untuk penjimatan yang minumum (loan PTPTN) aku guna ja software crack ni untuk kaspersky 2009. Crack ini bertujuan apabila kita sudah tamat tempoh menggunakan trial license (selalunya tempoh yang diberi cuma 30 hari sahaja), crack ini akan memadam semula data atau tempoh trial 30 hari yang telah kita gunakan dan kita boleh apply trial license key semula dari kaspersky sendiri. Caranya mudah sahaja. Cuma memerlukan internet connection sahaja untuk apply license key dan update semula database antivirus kaspersky ni.

1. Apa yang perlu anda buat, download crack ni terlebih dahulu.

http://rapidshare.com/files/255087602/Kaspersky_2009__8.0__Trial_Reset_2.3V.rar.html

2. Klik kanan pada logo antivirus Kaspersky 2009 dan klik pada setting3. Klik pada butang option dan padam tanda 'right' pada enable self defense
4. Klik button apply dan ok
5. Klik kanan pada mouse dan exit
6. Exract file yang sudah anda download tadi dan jika anda pengguna OS WINDOWS VISTA anda perlu klik kanan pada file crack tadi dan run as administrator. Jika anda pengguna WINDOWS XP, anda boleh terus double klik pada crack tersebut.
7. Pilih Operation System (OS) anda yang betul dan tepat pada crack tersebut. Kalau anda tidak tahu yang mana satu OS anda sama ada 32 bits atau 64 bits klik kanan pada my computer anda dan ambil properties. Pada bahagian system type, akan dinyatakan disitu. Bersambung semula kepada crack tadi, sesudah anda mengenalpasti OS Windows XP/Vista anda, klik pada butang yes. Tunggu sehingga selesai crack bagi antivirus Kaspersky ini dan exit.
8. Kemudian anda boleh buka software antivirus Kaspersky yang anda exit tadi dan anda boleh apply trial license semula dari Kaspersky untuk 30 hari lagi. Jangan lupa pulak untuk update semula database antivirus anda. Selamat mencuba. Untung bukan. Hehe. Jimatkan wang anda.


P/s: Anda dinasihatkan supaya tidak mengextract file yang anda download ini. Ini kerana kaspersky akan detact file ini sebagai virus. Sebenarnya ia bukan virus. Jadi dinasihatkan supaya anda run terus dari file yang anda download ini.


Sunday, July 5, 2009

Xilisoft FLV Converter 5.1.23 serial number

Baru-baru ni aku ada masuk forum luar negara (lupa dah) siap tanya serial key untuk Xilisoft FLV converter versi 5.1.23. Ramai la pulak yang tanya aku serial key lepas tu dalam email aku kalau-kalau aku dah dapat serial key untuk software tu. Biar aku terangkan sedikit sebanyak mengenai software Xilisoft FLV converter ni.



Xilisoft FLV Converter versi 5.1.23 ini yang paling latest (setakat sekarang ni 13 Julai 2009) dan software ini bertujuan untuk menukarkan fail movie/video berbentuk FLV (yang selalu korang download kat youtube tu) ke format movie/video yang lain seperti AVI, MPEG, WMV, DivX, XviD, MP4, MOV, M4V, ASF, RM dan sebagainya. Aku gunakan software ni pun sbb nak convert file yang aku download dari youtube untuk aku masukkan dalam handphone aku.

Cara nak menggunakan software Xilisoft FLV converter
1. Download sofware ini pada link di bawah:-
http://rapidshare.com/files/255109094/Xilisoft_FLV_Converter_v5.1.23.rar
2. Install dan setelah selesai, buka software ni. Masukkan user name (nama apa pun tak kisah)
3. Masukkan license code dan klik register
4. Setelah selesai register, anda bolehlah convert mana-mana file yang anda suka.

Caranya:-
  1. Klik button file dan button add file
  2. Pilih file FLV yang anda mahu convert
  3. Pilih format video output sama ada anda mahu convert ke file AVI, MPEG, WMV, DivX, XviD, MP4, MOV, M4V, ASF, RM
  4. Pilih destination folder untuk file yang kita convert tu senang nak cari (contoh folder desktop)
  5. Kemudian, klik pada button merah kat software ni untuk convert file video tersebut. Selesai.:-)


Pengalaman Di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman (STAR), Alor Setar, Kedah

Assalamualaikum.

Setelah 3 tahun setengah aku di perantauan untuk mengejar ilmu ( Tanjung Malim, Perak), baru kini aku kembali semula ke negeri kelahiranku Kedah Darul Aman. Sekarang aku dalam praktikum di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman (STAR), Alor Setar, Kedah. Seronok berada dalam suasana sekolah di mana semua cikgu-cikgu begitu baik dan menerima kami (2 orang praktikum) seadanya. Pelajar-pelajar juga begitu baik walaupun kadang-kadang nakalnya tu hanya Allah yang tahu. Proses pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani berjalan baik mengikut objektif dan PnP.

Seminggu aku ada di STAR aku ditugaskan sebagai AJK Pendaftaran bagi Kejohanan Bola Baling MSSM 2009 bermula 3 hingga 7 Jun 2009. Penat memang penat. Tapi banyak pengalaman berguna aku dapat terutamanya dalam pengurusan Statistik dan Teknikal kejohanan bola baling.

Seminggu sekali aku main badminton dengan cikgu-cikgu sekolah STAR. Tiap kali hari selasa pukul 5.00 petang hingga 7.00 petang, berpeluh-peluh la aku main badminton. Seronok main badminton dengan cikgu-cikgu STAR. Dah lama tak main, semput jugak kejar shuttlecock ke sana sini. Cikgu-cikgu kat situ semua terer-terer. Huhu.

25 dan 26 haribulan 6, aku ditugaskan membantu Unit Sukan Sekolah untuk mencari cikgu-cikgu yang mahu ke Kem Perik, Kuala Nerang, Kedah. Seronok dapat pergi sana. Makan durian dan kambing panggang. Macam-macam makanan ada. Semua sedap-sedap. Haha. Kembung perut aku.

27 haribulan 7 plak, aku bertugas sebagai guru pengiring untuk Pengakap dalam ekspedisi mendaki Gunung Keriang. Macam-macam aktiviti kat sana. Penat makan durian kat Kem Perik pun tak hilang lagi. Penat plak mendaki Gunung Keriang. Nak tercabut lutut. Maklum la, lutut aku tak berapa kuat sejak injured kat UPSI (kes main badminton gak...kepala lutut lari...mengurut sakan nak bagi masuk balik...1 sem tak pegang raket).

Ok la kot takat ni dulu pengalaman aku kat STAR. Ada lagi, aku cerita la. haha. Jumpa Lagi.